Ahad, 5 April 2009

The Strongest Of Love

Kekuatan untuk mencintai adalah anugerah terbesar yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia sebab kekuatan itu tidak pernah direnggut dari manusia penuh berkat yang mencinta. Cinta ada di dalam jiwa sendiri, bukan di dalam raga, dan laksana anggur, cinta membangkitkan diri kita untuk menerima anugerah cinta Ilahi. Manusia tidak dapat menuai cinta sehingga dia merasakan perpisahan yang menyedihkan dan yang mampu membuka fikirannya, merasakan kesabaran yang pahit dan kesulitan yang menyedihkan.

Cinta Allah

Terkadang terasa ingin
Dicintai dan mencintai
Fitrah setiap makhluk
Dicipta berpasang - pasangan
Masakan ada bumi
Tanpa langit
Masakan terciptanya bulan
Tanpa bintang
Masakan hadirnya siang
Tanpa malam
Masakan Adam gembira
Tanpa kehadiran Hawa
Namun ia hanya sementara
Lumrah alam cinta
Manusia akan pergi
Cinta bunga akan layu
Hanya cinta ALLAH yang hakiki
Namun...
Kita tetap berdegil
Merebut cinta manusia
Ghairah mendamba cinta
Dari bunga
Tetapi hambar dalam meraih
Cinta ALLAH
Walau kita sedar ia bisa
Mematahkan jiwa
Walau kita tahu ia bisa
Menguris luka
Walau kita pasti kekecewaan
Pasti ada
Namun kedegilan
Mengatasi segala
Kita rela menjerumuskan diri
Di lembah cinta
Dari mendamba kasih Ilahi
Kita rela disakiti
Demi kebahagiaan sekelip mata
Kita rela membina kebahagiaan
Dari kesengsaraan insan lain
Demi cinta...
Betapa daifnya kita
Betapa kita tak mampu
Menilai erti sebenar cinta
Betapa kerdilnya kita
Mencari cinta sejati lagi hakiki
Wahai cinta agung...
Bila diri ini mahu diketuk
Ya Allah kurniakan cintaku
Pada-Mu melebihi segala cinta
Yang ada di dunia ini
Amin ya rabbal a’lamin

Sabtu, 4 April 2009

Puteriku


Puteriku,
Pertama kali pertemuan kita,
Aku rasakan seperti dunia ni aku yang punya,
Pertama kali kita bertentang mata,
Telah membuatku jatuh cinta.
Puteriku,
Senyumanmu yang manis,
Jelingan matamu yang manja,
Wajahmu yang ayu,
Suaramu yang merdu,
Bisa membuat jantungku nak gugur dibuatnya...
Puteriku,
Dahulu kita sering bersama,
Tidak kira ke mana saja,
Berkongsi suka dan duka,
Mencipta kenangan pahit dan manis,
Tak kira apa yang dilakukan pasti bersama,
Puteriku,
Aku bahagia ketika disampingmu,
Aku gembira bersama denganmu,
Tetapi
Entah mengapa kau menjauhkan diri dariku
Apa salahku kepadamu
Apa silapku pada dirimu
Sehingga kau membenci diriku
Aku keliru,
Aku keliru dengan sikapmu yang tiba-tiba itu..
Puteriku,
Kini kita tidak bersama lagi
Masing-masing mengikut haluan sendiri,
Kau terus menghilangkan diri
Sehingga terus tidak dapat kujejaki.
Terus terang aku katakan
Aku terlalu merinduimu
Aku merindui segala kenangan kita yang lalu,
Kenangan yang tidak mungkin aku lupakan
Sepanjang jangka hayatku..
Puteriku,
Mengertilah,
Sehingga kini aku masih mengharapkanmu
Kembali kedalam hidupku seperti dahulu,
Dan mencipta kenangan kenangan yang baru,
Kembalilah kepangkuanku wahai puteriku.....

Bagitulah Cinta


Cinta itu buta? Mungkin! Kenapa? Kerana ia tidak pernah mengenali perbezaan!!
Lalu apa yang kenal perbezaan? Sikap manusia! Manusia yang membezakan cinta. Manusia yang tidak tahu menilai cinta! Cinta itu hadir tanpa undangan apatah lagi paksaan dan cinta itu pergi tanpa ada yang menjemput apatah lagi di usir!
Cinta... cinta... dan cinta, memang indah dikala hati sedang saying, saling membelai saling berbisik.... tapi cinta bisa jadi bara disaat hati sedang rawan dan rindu. Hidup tidak keruan mengharap cinta pulang ke sisi.
Hadirnya cinta... untuk segenap manusia. Tua, muda.
Ah, pelbagai pasti memerlukan cinta dan cinta bagaikan magnet... sekali merasakan, pasti sukar untuk dilepaskan.
Tapi bagaimanakah cinta yang tidak kenal beza? Dan mengapa perbezaan jadi halangan? Aku sendiri tidak mengerti. Manusia itukan sama. Dicipta dari bahan yang sama. Datang dari lubuk yang sama, mengapa mesti dibezakan? Status, bangsa, agama dan negara jadi perbezaan. Apa yang ada pada semua itu? Dicurah emas dan permata dari seluruh dunia tak mungkin hidup bahagia tanpa cinta.
Aku merasakan adakala manusia tidak adil dalam menilai cinta. Dalam cinta harus ada keikhlasan dan kejujuran. Terima seadanya. Jangan jadikan perbezaan yang ada pada diri sebagai halangan. Cuma kalau ada tentangan dari orang tua, kita harus taat menerima kenyataan bahawa cinta kita akan berakhir. Itulah masalah kalau cinta tanpa restu orang tua, pasti tidak kemana. Apatah lagi cinta dari dunia kehidupan yang berbeza... sulit untuk bersatu. Memang cinta buta ada keindahan dan kesengsaraannya.
Apa nak buat, begitulah cinta!!

Keagungan Cinta


Tuhan menciptakan manusia menjadi dua bentuk ciri – lelaki dan wanita dan keduanya disisipkan rasa cinta sesamanya untuk mengisi kehidupan di dunia.
Jadi hina rasanya bila seseorang tidak punya rasa cinta terhadap kawan jenis dan sungguh nista bila mencintai sesama jenisnya.
Manusia memiliki akal fikiran untuk mengembangkan, menginterprestasikan dan mengimajinasikan rasa cintanya, sehingga kegalauan hatinya mampu hilang dengan mulai timbulnya rasa cinta terhadap seseorang yang dia sangat perhatikan dan kagumi.
Tapi jangan sampai cinta cuma hanya mengumbar nafsu dengan kesenangan dan kenikmatan tanpa memperdulikan batasan-batasan dalam bercinta, jadi jagalah kesucian cinta kita dengan penuh kasih sayang dan pengertian.

Love Is Power


Cinta adalah menyedari dengan susah payah bahawa ada sesuatu selain diri sendiri yang nyata.
Cinta.. kita tidak berubah menjadi cinta, kita sekarang adalah cinta.
Cinta adalah buah yang tak mengenal musim dan dapat dipetik oleh setiap orang.
Sekalipun kita mencintai seseorang, kita membenci seseorang, mengharapkan mereka mati, atau kita akan mati tanpa mereka.. tidaklah menjadi soal. Sebab, ketika mereka memasuki kehidupan kita, bagaimanapun orang lain memandang mereka, mereka adalah segalanya bagi kita. Saat kita menatap mata mereka, menyelam ke dalam jiwanya, dan kita mengatakan jutaan kata tanpa bersuara, kita tahu bahawa hidup kita menghirup debaran jantung mereka.
Kita mencintai mereka dengan sejuta alasan. Hal itu bukan berhubungan dengan fikiran, melainkan dengan hati, dengan perasaan. Hanya dengan perasaan
Hal-hal yang paling indah dan paling baik di dunia ini tidak dapat dilihat dengan mata atau di sentuh melainkan dirasakan di hati.
Kerana cinta begitu indah, gunakanlah cinta itu untuk membuat hidupmu dan hidup semua orang menjadi indah seperti cinta itu sendiri.

Ikrar Seorang Kekasih


Seagung Cinta Allah
Semulia Kasih Rasulullah
Seteguh Sayang Siti Khadijah
Ku Persembahkan Cinta Suciku
Buatmu Yang Tersayang

Begitu Indahnya Hubungan Yang Tercipta Ini
Seperti Mana Cinta Allah Kepada Hamba-Nya
Begitu Juga Cintaku Terhadap Dirimu
Betapa Mulianya Kasih Rasulullah Kepada Umat-Nya
Begitu Juga Kasihku Terhadap Dirimu
Seteguh Sayang Siti Khadijah Kepada Rasulullah
Begitu Juga Sayangku Terhadap Dirimu

Buatmu Insan Yang Tersayang
Pupuklah Rasa Cinta Yang Telah Kita Bina
Semailah Rasa Kasih Yang Telah Kita Cipta
Tanamlah Rasa Sayang Demi Hubungan Kita

Sayangku
Demi Hubungan Yang Telah Terbina Ini, Abang Berjanji Bahawa Abang Akan Jujur Setia Terhadap Ayang. Dengan Terlafaznya Ikrar Ini, Abang Berharap Rasa Cinta, Kasih Dan Sayang Antara Kita Akan Kekal Untuk Selamanya. Semoga Hubungan Ini Akan Berkekalan Sehingga Ke Akhir Hayat.