Khamis, 30 September 2010

Renungan Hidup Sebuah Kehidupan

Kita dilahirkan diantara cinta dan kehidupan,
Tangan bergerak, bibir bergetar,
Kalbu terdiam, malu untuk menggapai cinta,
Dan nafsu bergelojak ingin merebut cinta,
Pergolakan kepentingan yang saling menikam...

Kita dewasa...
Antara kecil dan besar,
Antara bermain dan berfikir untuk keluarga,
Antara idealisme dan tuntutan realiti,
Masa depan yang terhimpit,
Antara kekayaan, populariti dan kekuasaan,
Masa silam yang kian dilupakan,
Menuju harapan yang bersimpul kebanggaan,
Kesejahteraan sepanjang masa,
Begitulah taman hati yang di cita...

Kelahiran kita adalah pencarian cinta,
Memerah tenaga dari sekarang,
Mengumpulkan pundi-pundi semangat,
Pagi berlanjut petang dan malam,
Berfikir untuk siang,
Tunaikan amanah, tugas dan harapan,
Dalam ketakutan untuk gagal,
Kerinduan untuk membahagiakan diri,
Dan orang tercinta...

Kekasihku...

Kekasihku... Ketahuilah olehmu...Kehidupanku sedari kecil sehingga kini... seringkali di limpahi seribu satu kerlipan keindahan dari Yang Maha Esa... Syukurku... Kehadiranmu kasih adalah diantara taburan cahaya kurniaan itu... Munajatku kepada ilahi... Agar ikatan suci ini sentiasa dilingkari keredhaan tanpa sebarang calitan noda yang akan mencemarkan kilauan jernih cahaya antara kita berdua... Abadinya dirimu di hatiku buat selamanya...

Usah ditawan gunung harapan,
Usah direnang lautan impian,
Sedang hati rapuh bergoyang,
Bagai angin menyapa lalang...

Adakalanya dalam kesungguhan meniti sebuah PENGHARAPAN,
Kita sering tercari-cari erti sebuah KEHIDUPAN...

Kerlinglah di hadapan tinjaukan perjalanan panjang,
Barangkali berakhir hanya dengan segunung harapan...

Aku bukanlah seorang sasterawan yang mampu menyusun kata-kata indah... Aku bukanlah penyanyi yang bisa mendendangkan lagu yang membuaikan hati dan perasaan... Aku bukanlah pelakon yang bisa membawa pelbagai watak di atas pentas...
Aku adalah aku... Seorang insan yang hanya mempunyai sekeping hati selautan perasaan dan kasih sayang buatmu...

Ahad, 5 September 2010

Bingkisan Seorang Penyair

Ku karang sajak ini
Bukan untuk memahat nama
Tapi sekadar bingkisan
Agar bangsaku tidak ketinggalan
Ditiup angin zaman pemodenan

Ku publikasi sendiri sajak ini
Bukan untuk mencari sebuah publisiti
Tapi ilham
Mengelek bahasa menjunjung aspirasi

Ku semak semula sajak ini
Mengembalikan tamadun bangsa sendiri
Menghidupkan kembali peradaban yang mati
Menjana intelek pencerakin gedung ini

Di hadapan sebuah komputer ini
Ku deklamasi sendiri didalam hati
Tanpa inotasi tanpa didengari
Tapi beremosi didalam diri

Berputik harapan menyanjung budi
Kalau tersirat bersemat dihati
Sumbangan kecil memartabatkan
Bahasa pertiwi...

Bingkisan seni seorang Penyajak

Bangsaku di mana
Bangsaku
Jerih pejuang menuntut merdeka
Belum pun reda
Belum lagi lama di lipatan sejarah
Tapi bangsaku memang cepat alpa
Dahulu kau pembela
Bila wanitamu cuba dinodai
Tapi bangsaku
Kini wajahmu terpalit noda
Usahkan bangsa kau khianat
Zuriat sendiri kau laknat
Kerana nafsu meronta
Agama terona
Maruah terpalit
Itulah bangsaku
Yang kononnya halus budi bicara
Hati tersayat parah
Menatap sayu rayu berita bak sangkakala
Tapi bangsaku kau masih begitu
Biar dahulu kau gagah
Pelayar!! Pedagang!! Penjajah!!
Kini di bumi sendiri
Kau lemah
Kau melatah
Kau perlekehkan maruah bangsa
Penegak tiang dulu begitu gah
Menghunus keris dan pedang
Kini pewaris wira-wiraku
Tidak seagung pejuang dahulu...

Itu Cinta

Aku dilamun Cinta
Apabila aku berani
memandang mata mu
Hidupku kini bagai dipenuhi
bunga-bunga kasih
Terima kasih wahai insan
bergelar kekasih

Cintaku kini akan ku
semadikan bersama
Buih-buih kasih yang kita cipta
sekian lama
Tiada apa yang mungkin
memisahkan kita
Kecuali kuasa dari-Nya

Sayangku

Ingin ku katakan
Tiada apa yang dapat
menggantikan kamu
Dalam hatiku ini
Moga kita berkekalan
Untuk selamanya...

Hidup

Hidupku ibarat aiskrim
Nikmatilah sebelum cair
Hargainya sebelum berakhir

Hidup kadang-kadang
Pedih jerih payah sengsara

Namun

Hidup kadang-kadang
Manis gembira tawa ceria

Jalani setiap detik hidup kamu
Dengan sebuah kesyukuran
Agar kekal kamu fahami
Apa itu kehidupan

Jangan pernah kau kesali
Kewujudan kamu
Seperti yang dijanjikan oleh-Nya
Hidup pasti ada ganjarannya...

Sabtu, 4 September 2010

Bergolak Sepi

Hatiku Bergolak Lagi
Kini lebih kencang
Sekali lagi kau ulanginya

Ingatkah kamu

Sewaktu kamu mahu mendekatimu
Kau pujuk, kau rayu
Kini ku longlai dengan pujukan fanamu

Ingatkah kamu

Sewaktu kamu melangkah pergi
Kau bisa melakukannya
Tanpa belas kasihan

Apakah ini pembalasan Tuhan
Ke atas keihklasan diriku
Tahniah sayang
Kini kau menjadi musuh cintaku...

Pejuang

Jika dahulu kau seorang pejuang
kini kau masih juga seorang pejuang
Jika dahulu kau disanjung
Kini kau masih juga layak disanjung

Wahai pahlawan negara
bangkitlah kamu sekalian
Bantulah anak bangsa kamu ini
Kian mereka lupakan
Apa perjuangan kamu
mahukah kamu terus dilupai

Wahai pahlawan negara

Berikan anak-anak bangsa
Sedikit haluan
Agar mereka boleh berdiri
Kelak tanpa kamu
Inginkah kamu lihat kemusnahan
mendekati mereka
Hidup ini bagaikan roda
Segala keseronokan bakal diganti
kesengsaraan...

Gurindam Jiwa Derita Kalbu

Lewat petang yang suram
Aku termenung sendirian
Mencari damai yang hilang
Mencari ketenangan yang makin
berkabus pergi

Hilang tanpa dikesan
Hilang tanpa petanda
Hilang tanpa berganti

Lewat petang yang suram
Hati berkata sendirian
Sampai bilakah harus begini

Menahan rasa sebal dihati
Menahan gelodak amarah
yang membara
Menahan duka yang penuh nestapa
Menahan titis airmata dari mengalir

Lewat petang yang suram
Aku masih belum temui jawapan
Namun masih kekal bersandarkan harapan

Harapan agar semua ini berubah
Menjadi ketenangan yang hakiki
Menjadi kepastian yang nyata
Dengan keizinan Yang Maha Esa
Aku mengharapkan ia akan berubah

Langkah - langkah seterusnya
Agar tidak terpesong
Agar tidak menyongsang
Agar kembali lurus membilang

Suara Hati Kecilku

Suara hati kecil ku
Ingin ku luahkan
Tapi tidak berdaya
Bila Ditelan
Sangat Berbahaya
Jiwa merana sendirian

Suara hati kecilku
Kini tertanam di sanubari
Semakin rela di sini

Suara hati kecil ku
Kini menderita dalam diam
Mengharap untuk di luahkan
Agar berhasrat dapat di salurkan
Dalam mengejar sebuah ketenangan
Ketenangan jiwa yang berpanjangan

Cemburu

Disaat mula bercinta
Semuanya indah
Selalu asyik terbayang
Wajah sang kekasih

Kini cemburu bertandang
Menguasai diri
Kini cinta di hati
Bagaikan tiada lagi

Hilanglah sudah
kepercayaan pada kekasih
Yang amat dicintai
Bila cemburu kian mencengkam

Masa kian berlalu
Cemburu ibarat barah
Dalam perhubungan kita
Dan kini cinta itu tiada lagi
Yang tinggal hanyalah kenangan

Terima kasih wahai kasihku...

Teringin Sekali

Sekiranya dapatku undur waktu
Ingin sekali aku kembali ke masa dulu
Meniti waktu di zaman kecilku
Ku rindukan semua itu
Sekiranya dapat aku mengubah
ketetapan-Nya
Ingin sekali aku mengubah masa silamku
Rahsia yang tersimpan
Membuatkan aku hilang dalam kehidupan
Kesangsian demi kesangsian
Memenuhi pusat benakku
Aku sangsi siapa diriku
Kenapa aku diperlakukan begitu
Kehidupanku hampir musnah
Hanya kerana kesangsian diriku

Sekiranya dapat aku menentukan segalanya
Ingin sekali aku menghidupkan masa depanku
Menceriakan diriku
Umpama camar terbang bebas diruang angkasa
Bebas ke mana sahaja
Dengan keinginan yang buat ku
suarakan semua itu
Tapi...
Harapan tinggal impian
Seperti sang pungguk rindukan rembulan
Menanti tanpa kepastian
Moga - moga sinar kebahagiaan
Akan menyinari kehidupan dimasa hadapan...

Keabadian Guru

Puisi ini
Berkisar keabadian jasa guru
Guru se gah namamu
Tak terkendong carikan helai kuntuman
Yang kau hembus
Menyalakan nian rohani
Sekalian anak - anak

Mamahan usia
Kau tinggal berangka kering
Usahlah bersedih
Berbunga subur menghiasi alam
Atas jasa luhurmu

Titipan pahala
Doa ikhlas kami
Menjadi bekalan
Di perhentian hakiki...

Sepi Seorang Perempuan

Air mata bagaikan sahabat
Tiada siapa yang mampu mengerti
Ingin sahaja aku lari sehingga ke
hujung dunia
Namun apa dayaku
Kerana aku hanya seorang perempuan

Perginya bagaikan sebuah mimpi
ngeri untukku
Biarpun pedih menanggung rindu
Aku harus bangkit melawan kedukaan
Kalah bukan matlamatku
Biarkan mendung itu berlalu

Kini tinggallah cintaku yang duka
Tiada lagi kata manis berbisik di
telingaku
Semuanya telah pergi bersama sepiku
Terbuku dalam kalbu
Inilah bingkisan seni seorang perempuan

Pengemis Dunia

Kembara di tanah pusaka
Mencari Rezeki di kala senja
Entah ke mana hala tujunya
Mengikut Rentak langkah kakinya

Hamisnya bau sudah pun lali
Bayangan hitam sudah tidak bererti
Deretan sampah menjadi saksi
Itulah rezeki untuk hari ini

Biar kelam jalan dihadapan
Diteruskan jua perjalanan kehidupan
Biarlah hina dimata Insan
Kerana mereka bukan muka pengadilan

Tidak payah bukan bererti tidak perlu
Maksud tersirat terkandung di situ
Segalanya demi mencari keredhaan-Mu
Biarpun sedikit amat bermakna bagiku

Wahai si pengemis dunia
Jangan menjadi pengemis yang hina
Sedarlah engkau dari tidurmu
Bangunlah sujud pada Tuhanmu

Fahamilah cubaan keterangan ini
Siapa pengemis di dunia ini
Carilah Dia dalam keramaian
Kerana disitu terdapat ketenangan

Akal dan nafsu menjadi satu
Siapa raja siapa hambamu
Pilihlah mereka salah satu
Untuk menjadi raja dan hambamu

Aku mengarut sekadar suka ria
Namun dalam senda ada cerita
Jika ia tiada ertinya
Maka biarkan saja dan lupakan ia

Hilang

Hilang
Mungkinkah Akan Ditemui
Mungkinkah Terus Menanti
Mungkinkah Akan Kembali
Atau Masih Lagi Terus Menanti

Hilang
Tiba Masanya Kepala Pusing
Tiba Masanya Semua Kelam
Dan Ada Juga Yang Mengalir
Namun Hilang Tetap Hilang

Hilang
Pelbagai Ragam Manusia Lakonkan
Marah Sedih Dan Gembira Menjadi Bahan
Ada Juga Yang Berdoa Agar Diampunkan
Namun Ada Juga Yang Tidak Sudi Memaafkan

Hilang
Ada Persoalan Masih Terapung
Benarkah Hilang Atau Sekadar Cubaan
Sengaja Dilakukan Atau Telah Ditentukan
Masih Tetap Disitu Atau Dialihkan

Apa pun Tentang Hilang
Yang Punya Akal Pasti Memahami
Akal Yang Berfikir Terus Berfikir
Hilang Itu Pastikah Berganti

Rindu Celaru

Senandung Sayang Malam Menjelma
Sang Rembulan Menyinarkan Cahaya
Pungguk Berlagu Sepi Bertangguh Kata
Tentang Cerita Cinta Kita Berdua

Hati Bertanya Mulut Berlagu Riang
Akal Seiring Nafas Yang Sekata
Hembuslah Bayu Sampaikan Rinduku
Agar Si Dia Turut Merindu

Patahlah Hati Patahlah Jiwa Ini
Jika Rindu Diberi Racun Yang Menghuni
Andai Kasih Kekasih Berbelah Bahagi
Biarlah Rindu Membawa Diri

Jangan Rindu Jangan Merajuk Lagi
Kerana Aku Masih Setia Menanti
Jangan Dendam Pergilah Membawa Diri
Biarlah Rindu Seorang Diri

Duhai Sang Lang Sampaikan Salamku
Kepada Si Dia Aku Berlagu Rindu
Renunglah Bulan Wahai Kekasihku
Kerana Disitu Tercatat Cinta Buat Dirimu

Biar Waktu Menanti Bersama Cemburu
Kerana Pujangga Menimbulkan Celaru
Aku Berkata Berteka Senda Bersama Cinta
Carilah Makna Bersabit Akal

Beriringan Pergi Nafas Dan Salam
Berdarah Akal Bersama Luka Hati
Menangguk Rindu Di Kuala Deli
Bersyair Lagu Rindu Bersama Diri