Khamis, 22 Mei 2014

Accidently In love


Irama lagu 'Biarlah Rahsia' menjamu halwa telinga Aleeya. Tumpuannya yang memandu Iswara Aeroback metalik perak itu terjejas. Gelisah dengan suara merdu penyanyi nombor satu Malaysia itu, tangannya mula menyeluk ke dalam beg galas hitam yang terletak di tempat duduk penumpang di sebelahnya.
        Sementara Iswara Aeroback itu menyusuri lorong bersebelahan Istana Budaya yang menghala ke Taman Tasik Titiwangsa (Triple T), mata Aleeya melilau-lilau melihat kelibat polis trafik, kalau-kalau ada berdekatan. Setelah pasti, punat telefon bimbit yang sudah berada di pangkuannya dipicit lalu dihalakan ke telinga.
        "Leeya! Leeya dekat mana ni? Kenapa lambat angkat telefon? Kata nak balik rumah hari ni, jadi tak?" Suara Ikhmal, abang Aleeya bertalu-talu menyoal.
        "Leeya tengah memandulah bang! Memanglah Leeya nak balik hari ni, tapi Leeya ada temu janji dengan Wani nak jumpa dengan dia dekat Triple T. Petang sikit nanti Leeya sampai rumah ye." Aleeya menerangkan panjang lebar.
        Telefon itu yang tadinya dipegang, dikepit antara pipi dan bahu bagi membolehkan dia membelok masuk ke tempat letak kereta di depan Restoran Nelayan itu.
        "Kalau ye pun, tak boleh telefon abang, mama atau babah ke!" Ikhmal membebel.
       "Sorrylah bang, Leeya tak ada kredit. Balik nanti abang top up kan boleh? Hehe! Okeylah bang, petang nanti kita jumpa dekat rumah ye. Bye!" Akhiri Aleeya manja.
        Telefon itu cepat-cepat dimatikan setelah matanya terpandang petak kosong tunggal di situ. iswara Aeroback miliknya meluncur membuat pusingan 180 darjah. Untuk beberapa ketika, Aleeya memastikan tiada sesiapa yang berada di belakang keretanya. Setelah pasti, gear reverse ditarik, Aleeya dengan telefon yang masih digenggam pada tangan kanan, memulas stereng kereta bagi mendapat side yang betul untuk masuk parking.
        Tit...Tit...Tit...Tit...Tit... Sensor kereta berbunyi seiring dengan bunyi benda terhempas ke tar. Aleeya memijak paddle brek sepenuhnya, membuatkan enjin kereta itu mati. Peluh dingin pantas membasahi wajah Aleeya. Setelah beberapa ketika tergamam, dia membuka pintu kereta, memberanikan diri melihat apa yang telah dilanggarnya tadi.
        "Apa lagi tercongok dekat situ, tolonglah!" Kedengaran suara lelaki yang terduduk di bahagian sisi kiri belakang kereta Aleeya. Badannya disandarkan pada beg sandang biru merah yang kelihatan sarat berisi. Di leher lelaki itu npula tergantung sebuah kamera video.
        Aleeya memandang kiri, kanan, depan, belakang, cuba mencari sesiapa yang boleh membantunya. Badannya menggeletar ketakutan, wajahnya yang sebelum ini putih melepak, kemerahan, panas mengalir darah yang menyirap ketakutan.
        "Cik kak, awak nak biarkan saya mati dekat sini ke?" Lelaki itu mula panas baran apabila melihat Aleeya melilau-lilau memerhati sekeliling.
        Aleeya terkejut, lalu mula melangkah mendekati lelaki tersebut. Wajah lelaki itu kemerahan, berkerut menahan sakit, topi putih GAP yang dipakainya telah lencun dek peluh. Aleeya melutut, dia masih tidak tahu harus berbuat apa. Tangannya teragak-agak mahu memegang lelaki tersebut, bimbang diherdik lagi.
        Anak mata lelaki itu memerhati gelagat Aleeya yang kacau. Timbul pula rasa kesal kerana meninggikan suara tadi. Yang jelas pada pandangannya kini, gadis di depannya benar-benar terkejut. This must be her first car crash; and my third... For this year alone! Fuh that's a record. What am I? A car crash magnet? Suwei betul! Matanya beralih pula pada Iswara Aeroback yang tersadai di tengah-tengah parking tersebut, logo P putih-merah jelas terpampang.
        Patutla! Fikirnya lagi. Dia mencari akal untuk menjernihkan suasana, lagipun dia tidak mahu terus-menerus duduk di atas tar panas dengan luka yang sudah mula menyengat. Tatkala itu dia terpandang pada telefon di tangan kanan Aleeya, lalu menggeleng bengang. Sabar! Sabar! Macam nilah rakyat Malaysia! Sudah sah-sah undang-undang kata tak boleh menggunakan telefon semasa memandu. Sekarang menyusahkan aku! Aku duduk England dulu tak pernah kena macam ni! Dia merungut di dalam hati.
        "Ada tisu tak?" Lelaki itu membuka mulut.
        "Ha... aaa... ada, ada. Tunggu sekejap." Aleeya bergegas mendapatkan tisu dari dalam keretanya dan apabila dia keluar yang dihulurkan hanya sehelai.
        Lelaki itu mengalih pandangan daripada helaian tisu dan kemudian wajah Aleeya, beberapa kali... Bagai tak percaya, dengan muka bengang cebisan nipis tisu itu diambil kasar.
        "Tak ada banyak lagi ke tisu ni?" tegurnya menyindir. Sakitnya bertambah! Kalau ikut rasa hati mahu sahaja dia menjerit biar satu taman dengar. Dengan berhati-hati dia mengelap luka pada jari dan lengan kanannya yang disagat tar. Namun apabila tangan itu cuba digerakkan sakitnya hingga ke tulang.
        "Arghh! I think my arm is broke. Hantar saya ke hospital!" arah lelaki itu. Mukanya kemerahan, diselaputi peluh yang tidak henti-henti mengalir. Bagai menahan rasa sakit yang amat sangat.


Setibanya dibahagian kecemasan Hospital Tawakal, seorang jururawat mengusung kerusi roda untuk kegunaan lelaki itu. Sebelum dia dibawa masuk ke bilik rawatan, salah seorang jururawat di situ menyerahkan kamera video dan kad matrik UiTM kepada Aleeya. Aleeya menoleh kepada lelaki tersebut.
        "Jaga kamera saya elok-elok! Jangan rosakkan!" Semua yang ada di ruangan itu memandang Aleeya membuatkan wajahnya merah padam. Malunya!
        "Cik, cik boleh tolong daftarkan pesakit?" Seorang jururawat menghampiri Aleeya.
        Aleeya mengesat titis air mata yang jatuh.
       "Err... Saya tak kenal dia." Aleeya mati akal. Dia teringat akan kad matrik lelaki tersebut yang diberikan kepadanya tadi.
        "Tapi ini kad matrik dia!" Aleeya menghulur kad tersebut kepada jururawat itu.
        "Syed Zakri Syed Mukhriz..." Jururawat itu membaca apa yang tertera atas kad itu. Mukanya berkerut lalu memandang Aleeya.
        "Anak Dr. Syed!" Jururawat itu terkejut. Dia memberi semula kad tersebut kepada Aleeya lalu terus bergegas ke kaunter dan menghubungi seseorang.
        Aleeya bingung, tidak mengerti apa yang dimaksudkan jururawat itu. Dia menatap kad matrik yang dipegangnya.

SYED ZAKRI BIN SYED MUKHRIZ
800110-56-8669
IJAZAH SARJANA MUDA SENI HALUS
2005/2006

        Aleeya meneliti gambar yang tertera di atas kad itu. Tahun 1980, tua empat tahun daripada aku! Tapi perangai macam orang tak ada otak! Dah tua bangka baru nak sambung belajar! Aleeya mengutuk. Lantas dia teringat pada peristiwa beberapa minit lepas, saat dia memapah lelaki itu, bagaimana lelaki itu mengerang kesakitan. Kesian pulak!
        Kurang sepuluh minit kemudian, seorang lelaki pertengahan 50-an muncul lengkap dengan jubah putih dan bertanda nama yang bertulis SYED di dada kanan.
        "Pamela, is my son here?" Lelaki berperwatakan menarik itu bertanya pada jururawat di kaunter.
      "Yes doc! For the third time this year. That miss with white scarf sent him here." Jururawat itu menunjukkan ke arah Aleeya.
      Doktor itu lantas menuju mendapatkan Aleeya. Jantung Aleeya mula berdegup kencang, seperti banduan yang menanti hukuman gantung. Peluh dinginnya keluar lagi.
        "Awak bawak Zak ke sini?" Lelaki itu menyoal lembut.
        "Err... Saya tak sengaja! Saya tak nampak dia melintas waktu saya tengah reverse tadi..." Aleeya cuba menerang dan terhenti setakat itu.
        Lelaki itu mendengus, mengeluh panjang dan menggeleng.
        "Come" Ringkas lelaki itu mengajak.
        Aleeya akur mengikut lelaki itu. Patutlah dia suruh datang sini, bapa dia doktor. Handsome bapa dia, tinggi pula tu! Fasal tu lah dia kacak. Aku rasa mak dia mesti pendek dan sinis. Sebab bapak dia langsung tak macam perangai anaknya! Aleeya berhujah sendiri.
        "Chin, how is he?" Syed Mukhriz menyoal seorang doktor Cina yang sedang merawat anaknya.
        "This is the worst! he broke this arm, beside that nothing serious." Chin menjelaskan ringkas.
        Syed Mukhriz hanya menggelengkan panjang melihat anaknya. Sejak pulang dari London empat bulan lepas, ada sahaja kemalangan yang menimpa Zakri. Entah mengapa, mungkin masih tidak dapat membiasakan keadaan di sini. Baru lima bulan lepas dia berkunjung ke wad kecemasan ini akibat kemalangan jalan raya. Puncanya, Zak memandu songsang. God! You're in Malaysia now Zakri! Syed Mukhriz mengomel di dalam hati.
        "I told u pa! This is my unlucky year! I had bad force, especially with vehicle." Mulutnya petah bercakap. Adakala matanya menangkap susuk Aleeya yang berdiri di sebelah papanya. Melihat tepat pada anak mata gadis itu membuatkan Aleeya tunduk serta-merta.
        "Zakri tersenyum sini, tak tahu apa yang menggelikan hatinya. Mungkin reaksi gadis itu yang teruk disindirnya. Pandangannya terhala pada kamera yang setia tergantung di leher gadis itu. Bibirnya terlirik lagi.
        "Yeah right Zak! Just say you are careless to take care of yourself. Like a five years old!" Chin membalas kata-kata Zakri.
        Jururawat-jururawat yang berada di dalam bilik itu ketawa.
       "Ouch... Ouch... Careful... Careful!" Zakri mengerang apabila seorang jururawat cuba menarik keluar sebentuk cincin plastik besar yang berwarna merah jambu daripada jari manis kanannya yang luka.
        "Why are you wearing that ring? Looks girly. Chin memberi komen.
        "Hey! Its cool." Zakri mempertahankan diri.
        Jururawat itu menghulurkan cincin tersebut kepada Zakri setelah berjaya mengeluarkannya.
        "But actually, I think you're right Uncle Chin, its a bit girly... Hey girl! Take This!" Zakri melontar cincin tersebut kepada Aleeya.
        Aleeya sempat menyambut.
        "Hadiah tanda kenang-kenangan awak dah langgar saya hari ini." Zakri sinis.
        "Zak, watch your language." Syed Mukhriz memberi amaran. Dia berpaling kepada Aleeya, kasihan melihat gadis itu terpaksa melalui semua ini.
        "Tak apalah, Aleeya balik dulu ya." ujar Syed Mukhriz lembut. Cuba menenangkan Aleeya. Lagipun keadaan Zakri tidaklah seteruk mana.
        "Baiklah, terima kasih Uncle!" Aleeya menghulurkan kamera yang sejak tadi tergantung di lehernya.
        Syed Mukhriz menyambut sambil tersenyum lalu diletakkannya kamera tersebut di atas troli berdekatan dengan Zakri.
      Zakri memandang tepat ke arah Aleeya. Ekspresinya bersahaja. Geram dan pada masa yang sama kesian melihat gadis yang melanggarnya itu.
        "Beg awak, saya letak di kaunter!" Aleeya memandang Zakri serius.
        "Emm... Saya minta maaf. Saya tak sengaja!" Kata-kata terakhir Aleeya sebelum berlalu pergi.
     Zakri hanya terpaku merenung pemergian gadis itu. Matanya kemudian memandang kamera yang ditinggalkan Aleeya.
        "Hey Zak, love at first sight?" Chin mengusik.
        "No lah! She's too big for me." Nada Zakri selamba.
        Nurscha Aleeya! Kepalanya ligat berpusing sambil memandang kameranya yang memancarkan cahaya merah kecil yang semakin malap dan akhirnya padam.


Empat Bulan Kemudian.
    "Leeya! Leeya! Bangun cepat, bangunlah! Ada Emergency case!" Sofia teman sebilik Aleeya mengejutkan tidurnya.
        "Janganlah kacau aku, Pia. Hari ni aje aku boleh rest! Penat aku pergi seminar semalam tak habis lagi! Esok dah ada kuliah pagi! Pergilah main jauh-jauh!" Aleeya bersungguh menghalau temannya itu.
        "Bangun aku kata! Baca kertas ni. Ada orang nak Jejak Kasih dengan kau! Satu UPSI kecoh!" Sofia menarik tangan Aleeya supaya rakannya itu berada dalam posisi duduk. Lalu kertas yang ada di tangannya dihulur kepada Aleeya.
        Aleeya yang mamai, merengek-rengek diatas katilnya. Kertas di tangan dibaca dengan mata yang berat. "Sofia! Siapa yang buat flyers ni? Mana kau dapat?" Mata Aleeya yang tadinya kuyu kini membulat.
        "Aku dapat dari Hanis. Dia kata ada seorang mamat ni yang edarkan dekat perhentian bas pagi tadi. Semua notice board dekat UPSI pun terpampang kertas ni! Apa yang kau dah buat Leeya?" Sofia bersungguh-sungguh.
        What! Notice board pun ada?" Wajahnya pucat. Apa yang aku dah buat? Dia menyoal dirinya. Matanya menatap semula flyers tersebut. Wajahnya yang tersengih, diambil sewaktu perkhemahan Pelajar Kimia semester lepas terpampang di bahagian tengah atas. Buruk!!!
        
Nurscha Aleeya
Kepada sesiapa yang mengenali gadis ini sila beritahu beliau supaya menunggu seseorang di hadapan Bangunan Suluh Budiman pada pukul 5.00 petang hari ini

        "Hei Leeya! Siapa seseorang tu? Hanis kata mamat yang bagi dia flyers tu handsome. Tak bagi tahu aku pun kau dah ada pakwe! Sofia bersuara lagi menambah kecamuk Aleeya.
        "Mana ada pakwe! Aku tak ada kawan lelaki pun! Aleeya mempertahankan diri.
        Bilik itu bising berserabut dengan spekulasi-spekulasi yang dibuat oleh rakan-rakan serumah Aleeya. Masing-masing teruja dengan berita yang telah menggemparkan Universiti mereka itu. Sambil-sambil dengar perbualan rakan-rakannya, air mata Aleeya jatuh. Siapa yang buat aku macam ni?
        "Shhh!!! Leeya... Janganlah menangis. Tak ada benda lah!" Kak Ida memberi buah fikiran. Tubuh Leeya yang sedap berisi dipeluknya.
        "Yalah Leeya! Tak ada bendalah. Ada orang saja nak kenakan kau ni! Sekarang baik kau pergi sembahyang, bersiap. Lepas tu kita pergi serang dia beramai-ramai." Giliran Hanis pula memujuk.
        "Oh ya Hanis! Macam mana rupa mamat yang bagi flyers ni pagi tadi?" Aleeya bertanya, bersemangat semula apabila mendengar suara Hanis. Yang lain senyap, mendengar dengan penuh teliti. Manalah tau kalau-kalau aku kenal!
        "Orangnya handsome, hitam manis, tak adalah tinggi sangat, lebih kurang kau, badan dia kecil je. Kau kenal dia ke?" Hanis pula bertanya.
        Aleeya tidak menjawab. cuba memadankan mana-mana lelaki yang pernah dikenalinya dengan karekter yang disebutkan Hanis. Macam tak ada, tapi...


4.55 petang...
        Aleeya dan rakan-rakan sabar menunggu di depan tangga Bangunan Suluh Budiman itu. Padang UPSI berterabur dengan pelajar-pelajar yang menanti kedatangan 'seseorang' yang tertera pada flyers yang diterima mereka pagi tadi. Kawasan sekeliling juga agak sesak. Ternampak jugak kelibat staf dan pensyarah yang tidak mahu ketinggalan. Tidak kurang juga yang mengintai-intai dari tingkap pejabat mereka di Pejabat Canseleri.
        Pengawal-pengawal keselamatan yang tadinya cuba menyuraikan perhimpunan itu akhirnya berputus asa, malah turut serta menanti. Jalan raya di depan UPSI lengang bagai karpet merah menanti datang pijaknya gerangan 'seseorang'.
        Aleeya melihat jam tangannya, seminit lagi tepat pukul 5.00 petang. Jantungnya berdegup kencang. Walau ada setitis dua manik peluh di dahi dan wajahnya, keayuan Aleeya dalam kurung merah jambu itu tetap terserlah. Dia berdiri statik di atas tangga dengan bag galas hitam yang selalu dibawa ke sana ke mari. Bajunya dibetul-betulkan, rimas! Kalau diikutkan hati tidak mahu dia berpakaian sopan begitu. Bukannya ada kuliah hari ini, tetapi ini semua paksaan rakan-rakan rumahnya yang lebih teruja.
        Tiba-tiba suasana jadi sunyi apabila kedengaran bunyi kenderaan dari pintu gerbang utama UPSI. Semua memerhati kemasukan Nissan X-Trail perak metalik itu meluncur memasuki UPSI berhenti tepat di depan Aleeya. Cermin gelap kereta itu diturunkan, gerangan tuan punya kereta menyebabkan mata Aleeya membulat dan mulutnya jatuh ternganga.
        "Hai Aleeya!" Syed Zakri tersengih melambai dari tempat duduk pemandu. Lautan manusia yang mula mendekati kenderaannya tidak dihiraukan.
        "Awak!" Aleeya mati kata.
        Orang-orang di sekelilingnya mula bising menyuarakan spekulasi masing-masing.
        "Cepat masuk! Nanti saya terangkan!" Zakri bersungguh-sungguh.
        Aleeya yang tertekan dengan keadaaan sekeliling menarik pintu kereta tersebut dan masuk ke dalam perut kereta.
        "Saya tak akan maafkan awak!" Aleeya bengis. Wajahnya yang serius tidak ditoleh langsung ke arah lelaki itu. Dalam getar tangannya yang kegeraman dia mengenakan tali pinggang keledar. Syed Zakri hanya tersenyum. Menaikkan semula cermin tingkap kereta lalu meluncur meninggalkan lautan manusia UPSI dan rakan-rakan Aleeya yang tergamam.
        "Awak nak bawa saya pergi ke mana?" Fokus Aleeya masih kekal di hadapan.
      Zakri terus-terusan tersenyum di sebelah Aleeya. Belum sempat menjawab, suara Siti Nurhaliza  menyanyikan lagu Cahaya Cinta bergema. Untuk beberapa ketika lagu itu terus berkumandang.
        "Kenapa tak jawab? Awak bukannya tengah memandu sekarang." Zakri sengaja menyindir. Dia terhibur melihat ekspresi Aleeya.
        Aleeya menyeluk beg galasnya. Telefon bimbit di tangan dipicit kasar.
        "Hello! Leeya kau dekat mana? Lelaki tu baik ke jahat?" Suara Sofia jelas kedengaran walau terdengar hiruk-pikuk orang di belakangnya.
        "Pia, kalau aku tak balik malam ni, esok kau telefon polis. Cakap Syed Zakri Bin Syed Mukhriz dah culik aku. Faham! Bapa dia doktor dekat Hospital Tawakal, Kuala Lumpur. Okey, bye!" Aleeya mematikan terus telefon bimbitnya. Dia tidak mahu rakan-rakannya terus mengganggu. Aku perlu selesaikan perkara empat bulan lepas pada hari ini! Getus hati Aleeya.
        Ketawa Zakri kuat kedengaran, menyakitkan lagi hati Aleeya.
        "Jangan risau, saya akan hantar awak balik malam ini juga! Anyway, mana awak tahu nama penuh saya?" Zakri mesra, dia mahu melihat Aleeya tersenyum pula selepas ini.
        "Mana awak tahu saya dekat sini? Apa yang awak nak sebenarnya? Ganti rugi?" Aleeya menghadap Zakri juga ingin jawapan pada persoalannya. Tidak mungkin aku dapat melupakan nama lelaki yang tak berbudi bahasa ini.
        "Good answer!" Nissan X-Trail itu memasuki kawasan Proton City dan akhirnya berhenti di laman sebuah rumah banglo hijau lumut yang terletak bersebelahan dengan Tasik Proton.
        "Mari!" Zakri mengajak Aleeya, tetapi gadis itu tidak berganjak walau seinci. Bagai dapat menangkap firasat hati Aleeya, Zakri bersuara...
        "Ini rumah singgah family saya. Sekarang mereka tak ada... tapi Mak Minah dengan Siti ada! Pak Mat tukang kebun pun ada. Sekarang boleh awak turun dari kereta ini dan masuk ke rumah itu untuk jadi tetamu saya." Zakri menerangkan. Dia membuka pintunya hanya setelah mendengar bunyi pintu di tempat Aleeya dibuka.
        Aleeya membuntuti Zakri, masih ragu-ragu. Mereka berdua memasuki rumah mewah itu. Aleeya kagum dengan dekorasinya. Walau ringkas tapi elegan, moden.
        "Mak Minah, kita ada tetamu ni. Tolong buatkan air. Suruh Siti buatkan apa-apa untuk minum petang ye. Cekodok ke! Lama tak pekena cekodok panas. Cepat ye Mak Minah." Zakri sedikit menjerit. Kelihatan seorang wanita pertengahan 60-an keluar daripada dapur rumah itu.
        "Baiklah Zak, cik duduk dulu ye!" Wanita itu ramah terhadap Aleeya.
        Aleeya sekadar mampu tersenyum membalas ramahan Mak Minah.
        Zakri membawa Aleeya ke ruang tamu dan mempelawanya duduk di sofa kuning air yang ada di situ. Dia mengambil tempat pada sebuah lagi sofa tunggal tidak jauh dari Aleeya.
        "Baiklah, untuk menjadikan perkara ini adil, saya akan beri peluang untuk awak bertanya apa saja yang awak ingin tahu, apa saja yang awak nak cakap. Saya akan jawab dan saya akan dengar. Kemudian giliran awak pula untuk mendengar apa yang saya nak cakap dan jawab apa yang saya nak tahu. Boleh?" Zakri berdiplomasi.
        Mak Minah memasuki ruangan itu bersama siti, pembantunya yang berusia 20-an. Membawa bersamanya apa yang dipesan oleh Zakri tadi.
        "Cepatnya Mak Minah." Zakri mesra.
        "Dah lama siap. Tunggu Zak dengan Aleeya yang lambat sangat sampai. Kamu berdua makan dulu. Mak Minah nak solat dulu, lepas tu Mak Minah nak masak untuk kita makan malam ini ya." Mak Minah dan pembantunya bingkas mengundur diri.
        "Okey, terima kasih Mak Minah, Siti." Zakri membalas kata-kata Mak Minah kemudian beralih pada Aleeya.
        "Oh ya! Awak dah solat Asar? Kalau belum boleh solat dengan Mak Minah sekali." Zakri bertanya.
        "Sudah! Dekat rumah tadi." jawab Aleeya ringkas.
        "Err... setuju tak dengan syarat-syarat tadi?" Zakri mahukan kepastian..
        Aleeya sekadar mengangguk.
        "Then, you can start!" Zakri tersenyum manis.
        "Pertama sekali, kenapa awak cari saya? Mengapa awak cari saya? Awak tahu tak, saya malu sangat! Macam mana saya nak pergi kuliah lepas ni! And if this is all about the car crashed, terus terang saya katakan, saya tak mampu nak membayar ganti rugi atau bil hospital buat masa sekarang ni! Sebab saya belum kerja lagi. Kalau dah kerja nanti, saya akan bayar... Secara ansuran. Satu lagi, saya geram sangat dengan awak sekarang ni... Rasa macam nak cekik-cekik!" Aleeya tidak sedar sejak bila dia bangun dan mundar-mandir di depan Zakri. Setelah selesai dia menarik nafas panjang, memandang lelaki itu serius dan kemudiannya duduk semula.
        Zakri memegang perutnya menahan tawa tapi apabila melihat renungan serius Aleeya dia cuba untuk berlagak serius juga, mengajuk gaya gadis itu. Setelah dua tiga kali mencuba dan gagal dia akhirnya bangun menghadap gadis itu sambil tersenyum lebar.
        "Banyak cakap juga awak ni ye! Macam machine gun. Serupa macam saya." Zakri melawak namun apabila melihat tiada respons dari Aleeya, dia memulakan bicara.
        "Pertama sekali, panggil saya Zak saja. Kenapa saya mencari Nurscha Aleeya? Emm... Sebab saya nak kenal Aleeya dengan lebih dekat lagi. Saya cari awak guna Internet. Zak cuba di MySpace, Yahoo Community and lastly I found you in Friendster. Dari situ Zak tahu Leeya belajar di UPSI. Bakal cikgu rupanya! Patutlah garang. Zak cuba add untuk jadi kawan tapi Leeya tak reply. Zakri menjelaskan panjang lebar.
        "Tak ada masa nak pergi CC. Banyak kerja!" Aleeya membalas pendek tetapi tegas.
        "I thought that so. Jadi saya datang sini. Kebetulan papa baru beli rumah ini beberapa bulan lepas. Memang kita ni ada jodoh, kan? Tapi susah juga nak cari awak dekat UPSI tu. Makanya saya gunakan cara yang saya gunakan hari ni. Berkesan,kan?" Zakri tersengih.
        "Menyusahkan hidup orang je!" Aleeya monyok mengenangkan kisah tadi.
     "Cakap pasal menyusahkan hidup orang, awak tak nak tanya mengenai tangan saya ni ke?" Zakri meregang-regangkan tangannya.
        Aleeya tunduk, rasa serba salahnya datang semula.
       "Selepas dua minggu bersimen, dan tiga bulan fisioterapi, my arm as good as before! Leeya tak perlu risau. Mengenai ganti rugi dan bil hospital tu, buat apa nak bayar? Papa panel dekat situ, semuanya free of charge!" Zakri tersengih lagi. Menyakitkan hati Aleeya.
        "Lastly, kalau Leeya nak cekik-cekik saya, boleh juga! Lepas ni boleh saya simen leher dengan buat fisioterapi untuk beberapa bulan lagi." Loyar buruknya makin menjadi-jadi.
        Aleeya menjelirkan lidah kepada Zakri. Panas hatinya sudah mendidih.
        "Jangan masam muka, nanti tak ada orang nak masuk meminang." Zakri menyakat
        "Siapa yang nak pada saya ni? Garang! Suka cederakan orang!" Aleeya merajuk.
       "Baguslah! Kiranya Zak tak ada competitionlah." Zakri memandang tepat anak mata Aleeya. Dahi gadis itu berkerut tidak mengerti.
     Zakri lantas duduk, menghirup teh suam di depannya dan memandang Aleeya semula. Kali ini pandangannya redup dan tenang.
        "Leeya nak tahu kenapa Zak nak kenal Leeya dengan lebih dekat?" Tutur katanya satu-persatu dengan nada suara yang lembut. Zakri tersenyum manis, ingin persetujuan gadis itu.
        Aleeya mengangguk ringkas.
        Zakri bingkas, membuka laci almari perhiasan di sudut kiri ruang itu dan mengeluarkan sebuah kamera video.
        "Ingat lagi kamera ini?" Zakri menyoal.
       Sekali lagi Aleeya mengangguk. Sebuah cakera video dikeluarkan daripada kamera itu. Zakri membuka televisyen dan pemain DVD, video itu dimasukkan kedalam player tersebut. Dia mengambil tempatnya semula. Sambil memegang alat pengawal, suaranya bagai berbisik tetapi jelas kedengaran, matanya tetap dihala pada televisyen tanpa berpaling pada Aleeya, seolah-olah bercakap pada dirinya sendiri.
       "Zak sudah tengok rakaman ini beratus-ratus kali. Tidak pernah sekalipun Zak rasa jemu. Hakikatnya semakin Zak tengok semakin Zak ingin mengenali Nurscha Aleeya. Walau secara tidak sengaja, tetapi ini adalah rakaman terbaik yang Zak pernah buat." Salah satu punat pada alat pengawal ditekan.
        Apa yang tertera di skrin adalah kereta Iswara Aeroback milik Aleeya dan erangan sakit Zakri. Tidak lama selepas itu Aleeya muncul, berjeans biru, berbaju lengan panjang biru dan tudung putih. Ianya adalah rakaman perlanggaran empat bulan lepas! Kamera itu menjadi saksi pertemuan mereka berdua. Ia merakam wajah cemas Aleeya, sabarnya melayan kerenah Zakri, keterpaksaannya mendengar sindiran dan kelembutannya merawat lelaki yang tak pernah dikenalinya, Aleeya terpana dengan hakikat itu.
        Rakaman yang ditayangkan beralih menunjukkan suasana di unit kecemasan Tawakal. Tiba-tiba Zakri menguatkan volume dan jelas kedengaran suara lembut Aleeya.
        "Ya Allah, besar sungguh dugaan yang Kau turunkan kepada aku. Tapi sesungguhnya besar lagi dugaan yang ditempuhi lelaki itu. Kau selamatkan dia, Ya Allah! Kerana aku dia berada dalam kesakitan. Aku mohon Ya Allah, dengan kekuasaan-Mu, kurangkan kesakitan yang dirasainya. Aku mohon pada-Mu..."
        Kelibat Dr. Syed Mukhriz muncul di layar skrin plasma itu. Semuanya beralih ke bilik rawatan di mana Zakri telah Aleeya sehingga mengalirkan air mata. Kemudiannya rakaman itu tamat apabila kelibat Aleeya beredar dari bilik itu. Zakri menamatkan rakaman. Tubuhnya dialih menghadap Aleeya. Mata mereka bertemu.
        "Saya dah berkasar dengan orang yang telah mendoakan keselamatan saya. Bagaimana saya boleh menyalahkan Aleeya waktu itu? Terima kasih Aleeya. Saya ingin mengenali Aleeya dengan lebih dekat, because I think... I'm accidently in love with you." Zakri mengucap lembut. Matanya terpamer kejujuran lahir dari hati yang tersentuh dengan keluhuran gadis yang bernama Nurscha Aleeya.
        Aleeya terpaku, pandangan serongnya terhadap lelaki itu hilang terus. Apa yang dilihatnya kini, pemuda di depannya benar-benar yakin dengan kata-katanya. Tiada lagi senyuman, sengihan atau tawa, cuma wajah yang mengharapkan sebuah jawapan. Zakri menghulurkan tangannya kepada Aleeya.
        "But maybe we can be friends first?" Zakri mengharap salamnya bersambut.
        Aleeya tidak menyambut salam itu, sebaliknya sibuk menyelongkar beg galas hitamnya mencari sesuatu. Zakri musykil? Tidak lama kemudiannya dia menghulurkan sebentuk cincin plastik besar berwarna merah jambu.
        "Jika dulu cincin ini sebagai tanda Leeya pernah langgar Zak, tapi hari ini ia adalah tanda bermulanya sebuah persahabatan." Aleeya menyarungkan cincin itu di jari manisnya dan sambil tersenyum dia menghulurkan tangannya kepada Zakri. Zak menyambut salam persahabatan Aleeya. Impiannya untuk melihat gadis itu tersenyum sudah termakbul. Mereka tertawa.

Looks Like We Accidently Falling In Love With Each Other!