Selasa, 6 Mac 2018

Malaikat Maut Memerhati Wajah Manusia 70 Kali Dalam Sehari

MEMANG tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan 'menanti' saat kematian mereka.Allah berfirman yang bermaksud: "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (Surah al-Anbiyak ayat 35)

BERSEMADI...alam barzakh menjadi tempat persemadian sebelum manusia dibangkitkan pada hari akhirat.SEDIH...kematian adalah dugaan bagi menilai keimanan selepas berpisah dengan insan tersayang.

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: 'Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.'

" Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup.

Takdirnya esok hari terakhir Allah 'pinjamkan' nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian.

Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin.

Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup.

Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian.
Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang amat menyeksakan.

Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).

Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: "Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.

"Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia." (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)

Kematian 'menjemput' manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha.

Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih.

Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.

Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar."

Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya.

Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas.

Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.

"Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.

"Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka.

Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun.

Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di dunia.

Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan.Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.

Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku.

Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut.

Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa.

Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh.

Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam a.s.

Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka.

Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah.

Pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, berkata umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu.

"Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul.

"Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya," katanya.

Dr Mahmood Zuhdi berkata tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya.

"Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar.

"Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian," katanya.

Beliau berkata bagi mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan."Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian.

"Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah," katanya.

Manusia Sebagai Khalifah Di Bumi Allah

Assalamualaikum w.b.t.Dengan nama Allah tuhan yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani .

Didalam surah At-Tinn ayat 4 yang bermaksud:

“Verily, We created man of the best stature(mould)”

“Sesungguhnya kami telah jadikan manusia dengan sebaik baik kejadian “ Berdasarkan ayat di atas, kita sebagai manusia sepatutnya berasa sangat-sangat bersyukur di atas segala kelebihan yang telah Allah S.W.T. kurniakan. Tetapi ramai manusia pada hari ini tidak tahu untuk bersyukur kepada tuhan kerana telah memuliakan kita sebagai manusia untuk menjadi Khalifah atau pntadbir di alam ini.

Saya ingin berkongsi satu kisah yang telah diceritakan oleh sahabat saya. Kisah ini agak menarik dan boleh dikaitkan dengan ayat di atas.

Cerita ini adalah cerita rekaan sahaja. Namun mempunyai iktibar yabg cukup bermanfaat. Kisahnya bermula dari seorang pengukir di kaki gunung. Pengukir ini merupakan seorang yang pakar dan mampu membuat pelbagai ukiran yang menarik dan cantik.

Pada suatu hari, dia terfikir ” alangkah baiknya jika aku menjadi sebuah gunung. aku mampu berdiri megah mencecah awan di samping mempunyai fizikal yang kuat dan besar.” Lantas, si pengukir tersebut telah meminta kepada tuhannya “jadikanlah aku sebuah gunung”. Maka dengan izin tuhan jadilah dia sebuah gunung.

Setelah menjadi sebuah gunung, dia berasa sangat gembira kerana permintaan telah dikabulkan. Namun begitu, tiba-tiba dia terasa bahang yang kuat daripada atas. Apabila melihat ke atas, maka dia telah melihat matahari. Si pengukir terus berfikir”alangkah baiknya jika aku adalah matahari. Aku dapat memancarkan cahayaku ke seluruh alam.”

Selepas itu, dia pun memohon kepada tuhan, “jadikanlah aku matahari”. Permintaan tersebut telah dimakbulkan, dan dia telah menjadi matahari.

Setelah menjadi matahari, dia berasa sangat gembira,kerana dapat memancarkan cahayanya ke seluruh alam. Semua makhluk dapat merasai nikmat cahaya yang dipancarkan olehnya. Tiba-tiba… Datanglah sekumpulan awan yang besar. Awan tersebut telah menutupi cahaya yang terpancar dari matahari itu. Si pengukir berasa amat kecewa kerana ada lagi makhluk yang lebih hebat dari dirinya iaitu matahari.

Kerana tidak berpuas hati, pengukir tersebut memohon lagi kepada tuhannya. ” jadikanlah aku sebagai awan.” Permintaan tersebut telah juga dimakbulkan oleh tuhan. Maka jadilah ia segumpal awan. Pengukir tersebut berasa gembira kerana dengan menjadi awan, dia dapat menutupi sinar matahari yang terik daripada mengenai makhluk yang lain. Disamping dapat menurunkan air hujan untuk menyuburkan tanah.

Oleh kerana awan sentiasa bergerak, tiba-tiba pergerakannya tersekat oleh sebuah gunung yang besar. Maka pengukir tersebut sangat kecewa kerana pergerakannya terbatas disebabkan oleh gunung tersebut. Dalam kekecewaan tersebut, dia ternampak seorang manusia sedang mengukir di kaki gunung. Dan, manusia itu adalah diri pengukir itu sendiri.

Daripada kisah di atas, dapat disimpulkan disini bahawa, tiada makhluk yang lebih mulia yang telah dijadikan Allah di atas dunia ini. Kita sebagai khalifah Allah hendaklah sentiasa mensyukuri nikmat tuhan ini di samping nikmat Islam dan Iman.

Kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan sebagai manusia, namun Allah S.W.T. tetap akan terus memberikan keampunan. Teruskan perjuangan hidup dan sentiasalah berusaha dan bertawakkal kepada Allah S.W.T.

Saya memetik lagi ayat di dalam Al-Quran iaitu dari surah Al-Ankabut ayat 64:

” Dan tidaklah kehidupan di dunia ini,melainkan ia hanya berupa permainan dan hiburan, sedangkan kehidupan di akhirat merupakan kehidupan yang sebenar kiranya mereka mengetahui.”

Isnin, 5 Mac 2018

Keperibadian Nabi Muhammad S.A.W.


  • Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. 
  • Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. 
  • Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang. 
  • Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' ) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda. 
  • Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.' 'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s.a.w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? 
  • Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
  • Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang. 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar. 'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. 'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.
  • Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor. 
  • Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu. 
  • Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan. 
  • Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. 
  • Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak 
  • Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.

Rasulullah S. A. W. bersabda, ‘SAMPAIKAN LAH PESANANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT’

Allah SWT Telah Menyembunyikan 6 Perkara.

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Tidak." Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap kali dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah SWT telah menyembunyikan enam perkara iaitu : 

  • Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. 
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. 
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. 
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. 
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). 
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

PADANG MAHSYAR

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Ya Allah.Bila Terfikirkan Hal Ni..Meremang Bulu Roma..Kita Duduk Dalam Dunia Ni Hanya Sementara..Dari Awal Kita Tinggal Dalam Perut Ibu,Kemudian Dilahirkan Singgah Sementara Didalam Dunia Sebelum Menuju Ke Destinasi Terakhir Iaitu Alam Akhirat.. Bila Tiba Saatnya Nanti Tiada Apa Lagi Yang Tinggal Dalam Dunia Ni.. Dunia Itupun Sudah Tiada Lagi.. Kadang2 Bila Terdengar Ayat2 Suci Al Quran, Betapa Dahsyatnya Alam Akhirat Itu Apatah Lagi Pabila Dikumpulkan Dipadang Mahsyar..

Rasulullah S.A.W Pernah Bersabda :

"Didekatkan matahari pada hari kiamat kepada makhluk-makhluk sehingga matahari itu menjadi dekat kepada mereka sejarak satu mil; maka pada saat itu manusia berada dalam peluh masing-masing mengikut kadar amal jahatnya; ada di antara mereka yang peluhnya sampai ke mata kakinya, ada yang sampai ke lututnya, ada yang sampai ke pinggangnya, dan ada yang sampai peluhnya masuk ke dalam mulutnya".

Padang Mahsyar bukan satu tempat permainan hingga ia boleh menjadi modal cabaran antara manusia yang berbalah. Ia adalah satu tempat yang sangat menakutkan. 

Tempat di mana aib-aib kita disingkap Tuhan. Amal-amal baik kita dihisab dan ditimbang. Bahkan setiap amal dipertontonkan di situ. Ia adalah hari pendakwaan ke atas sekalian manusia. Pendakwaan Tuhan terhadap manusia yang tidak mampu langsung untuk kita tanggungkan.

Bagaimana dalam tempoh menemui hari sedahsyat ini, kita masih sempat dan sanggup memikirkan ada orang harus dan perlu merangkak kepada kita? Sedang amal kita dengan Tuhan pun entah bagaimana hisab dan timbangannya.

Sekali-kali tidak wujud sebarang bentuk penafian yang Islam sangat menekankan perihal hubungan manusia terhadap Tuhan dan hubungan manusia sesama manusia.

Sebagaimana firman-firman Tuhan yang menekankan kewajipan menjaga hubungan sesama manusia, dan hadis Nabi akan hak Muslim terhadap Muslim, juga bagaimana balasan terhadap mereka yang menzalimi hak ke atas manusia lain.

Tuhan memang sudah siap mengingatkan kehidupan, tidak hanya antara kita dan Dia, bahkan antara kita dengan orang lain. Dan penekanan ini, disertai ancaman berupa balasan terhadap amal buruk yang kita lakukan terhadap manusia lain.

“Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia.” (Ali Imran : 112)

Tetapi ancaman-ancaman ini ialah amaran yang kedatangannya berbentuk mutlak daripada Tuhan. Dan hak menghukum manusia juga hanya ada pada Tuhan, Allah yang Maha Berkuasa. Maka hak Tuhan ini jangan sekali-kali kita ambil dan campuri.

Tinggalkan kerja mengancam-ancam pembalasan akhirat dan berhenti menghukum pengakhiran manusia.

Kerana dalam sedar atau tidak,kita sebenarnya kehilangan rahmah. Masyarakat kita, Muslim khasnya, sudah kehilangan nilai mendoakan kebaikan buat orang lain. Kita merasakan kita layak mendoakan yang buruk-buruk kepada orang yang menzalimi kita.

Sedangkan Nabi tetap mendoakan Abu Jahal dan Abu Lahab, pemuda Mekah yang sentiasa zalim dan dengki kepada Muslimin, agar diberikan hidayah kepada mereka. Mengapa teladan yang ini tidak kita pilih dan ikuti?

Kita kehilangan sifat tawaduk’ dalam merenung ayat-ayat suci al-Quran. Sedangkan Nabi yang mulia, al-Quran diturunkan ke atas Baginda dengan semua ayat ancaman kepada golongan kuffar dan munafiq, dengan semua balasan-balasan berat. Adakah ayat-ayat ini menunjukkan apa yang akan Nabi terima di akhirat?

Sekali-kali tidak! Ayat ayat ini kesemuanya peringatan untuk Muslim. Peringatan dan teguran kepada kita sendiri. Bukan kepada orang lain. Al-Quran bukan untuk dituju-tuju pada orang lain. Ia untuk kita, manusia yang fitrahnya selalu lupa.

Sahabat-sahabat Nabi yang dijamin syurga untuk mereka, masih tetap mengambil ayat al-Quran sebagai peringatan dan ancaman kepada diri sendiri. Sehebat itu peringkat takwa mereka kepada Tuhan. Tetapi mengapa kita, saat dibacakan ayat-ayat ancaman di dunia, alam kubur dan hari kiamat, kita gemar menuding ayat itu kepada orang lain?

Kita benar-benar lupa al-Quran memang diturunkan sebagai peringatan kepada orang bertakwa. Jika perkara sekecil ini pun tidak boleh kita cerna, memang benarlah masyarakat Muslim Malaysia ini sedang sakit.

Sudahlah jauh daripada nilai sosial – hilang rahmah dalam berhubungan, bahkan kita tidak mahu pun menjadikan al-Quran sebagai peringatan kepada diri sendiri, menuding jari pula kepada orang lain?

Jika kita terus membiarkan penyakit ini, hancur dan musnahlah masyarakat Muslim yang benar pegangan dan peribadinya. Kita bukan sahaja sesak dengan penyakit ini, tetapi kita juga gagal menunjukkan betapa rahmahnya Islam yang menjadi keyakinan dan anutan kita.

Teruslah berperang siapa yang akan merangkak di padang Mahsyar. Teruskan dengan doa-doa memohon pembalasan kepada orang yang menzalimi kita. Teruskan menuding jari kepada orang lain saat ayat-ayat ancaman daripada al-Quran dibacakan di hadapan kita.

Teruskan bermain dengan semua perkara kesukaan kita ini. Bermainlah dengan pelajaran-pelajaran agama. Sampai kita diberi balasan seperti kaum Bani Israel dahulu, mungkin waktu itulah baru kita akan tersedar.

Tidak ada perkara yang lebih menggentarkan jiwa orang mukmin melainkan apabila disebut nama Allah dan apabila datangnya hari pembalasan. Setiap amalnya akan dihitung. Pada hari itu titian sirat akan menjadi penentu ke syurga atau neraka kah mereka. Tidak ada yang lebih menggusarkan hati melainkan kebimbangan bertemu dan menjawab soalan demi soalan daripada Tuhan.

Dan Islam adalah agama rahmah. Agama yang di dalamnya penuh dengan kasih sayang antara Tuhan dengan hamba, dan antara hamba sesama mereka. Cukuplah sebahagian agamawan kita asyik menunjukkan betapa Islam ini agama menghukum.

Manusia mencari harapan dan harapan itu ada pada agama kita, Islam yang sangat sejahtera. Limpahkanlah rahmah dan mahabbah sebagaimana Nabi lakukan terhadap para sahabat dan Muslim pada zaman itu. Sekurang-kurangnya itulah amal yang barangkali akan dihisab ketika hari perhitungan nanti.

Kemudian Nabi dan sahabat yang lain mencari Thabit dan menjumpai beliau sedang menangis hingga terperosok di dinding akibat sangat bimbang dan gentar ayat-ayat ancaman Tuhan ini diturunkan khusus buatnya hanya kerana beliau mempunyai suara yang kuat.

Seorang sahabat yang dijanjikan syurga tetapi masih menangis membayangkan dirinya lah yang diancam Tuhan, sedangkan sebenarnya ayat itu diturunkan sebagai teguran kepada sahabat Nabi yang lain yang sedang bergaduh dengan suara yang sangat kuat. 

Sudah Cukupkah Amalan Kita Sebelum Tiba Ke Destinasi Terakhir.? Sempatkah Kita Mengumpul Amalan Yang Secukupnya Sebelum Kita Berdepan Dengan Allah S.W.T.? Tepuk Dada Tanyalah Iman..

Ahad, 4 Mac 2018

Sejarah Al-Quran

Mashaf Uthmani yang asli yang dipegang oleh Khalifah Uthman sendiri serta 2 buah kitab yang disalin darinya sebenarnya ditulis dan disalin mengikut ejaan dan sebutan Arab Quraisy yang tepat mengikut bacaan Nabi Muhammad selaku seorang yang berbangsa Arab Quraisy. Ini dapat dibuktikan dengan penulisan dan pembarisan ayat-ayat Al-Quran mashaf Uthmani itu sendiri yang diriwayatkan oleh Hafs bin Sulaiman ibn Mughairah Al-Asadi Al-Kufi menurut bacaan Asim bin Abi Najud Al-Kufi At-Taabie daripada Abi AbdilRahman Abdillah bin Habibi Sulami daripada Uthman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Zaid bin Sabith dan Ubai bin Kaab dan akhirnya daripada Muhammad bin Abdullah (Nabi SAW). 

Cara Al-Quran Diturunkan Kepada Nabi SAW

  1. Hati - Jibril memasukkan ke dalam hati Baginda dalam keadaan Baginda tidak melihat apa-apa, hanya Baginda berasa bahawa wahyu itu berada dalam hatinya. 
  2. Pengucapan - Malaikat memperlihatkan dirinya sebagai seorang lelaki dengan mengucapkan ayat kepada Baginda sehingga Baginda benar-benar dapat menghafaz ayat yang diturunkan itu. 
  3. Bunyi - Wahyu datang kepadanya berserta bunyi loceng. Ini adalah cara yang paling berat dihadapi oleh Baginda sehingga keadaan baginda sangat panas walaupun ketika itu cuaca sangat sejuk. 
  4. Datangnya Jibril - Jibril memperlihatkan dirinya yang sebenar sepertimana yang dialami oleh Baginda sewaktu turunnya ayat surah al-Muzammil. 
       

3 Peringkat Penurunan Al-Quran

Allah menurunkan al-Quran ke Luh Mahfuz secara sekali gus bukannya secara beransur-ansur. 
Firman Allah dalam surah al-Buruj ayat 21 - 22 yang bermaksud : 
“Bahkan apa yang didustakan mereka itu ialah al-Quran yang mulia, yang tersimpan dalam Luh Mahfuz.”

Dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia juga diturunkan sekali gus. 
Firman Allah SWT dalam surah ad-Dukhan ayat 3 maksudnya : 
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran di malam yang penuh keberkatan.” 
Firman-Nya lagi dalam surah al-Qadar ayat 1 yang bermaksud : 
“Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran pada malam al-Qadr.” 
Firman-Nya lagi dalam surah al-Baqarah ayat 185 maksudnya : 
“Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran.”
Turun dari langit dunia kepada Nabi saw melalui perantaraan Jibril bermula tanggal 17 Ramadan. 
“Dan sesungguhnya al-Quran itu benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam, dibawa turun oleh Ar-Ruhul Amin (Jibril) ke dalam hatimu (Muhammad saw) supaya kamu menjadi salah seorang di antara orang yang memberi peringatan dengan bahasa Arab yang jelas.” as-Syura (192-195)
Sejarah Pengumpulan Dan Pembukuan Al-Quran

Jibril dihafaz oleh Nabi SAW kemudian baru dibacakan kepada sahabat. Nabi saw menghafaznya betul-betul bimbang jika tertinggal perkataan tertentu atau huruf tertentu. Baginda mengulangi bacaan ketika Qiamullail (bangun malam) dan solat. Setiap tahun sekali Nabi SAW ditasmi (mendengar dan membetulkan) bacaannya oleh Jibril (Angel Gabriel) dalam bulan Ramadan secara bertadarus.

Pada akhir hayat Baginda, Jibril mentasminya sebanyak dua kali. Sahabat berusaha dan bersungguh-sungguh menghafaz dan mempelajari serta memahaminya dengan menjauhi kenikmatan tidur dan rehat. Sebagaimana Rasulullah saw, sahabat turut memanfaatkan masa malam mereka untuk memantapkan hafalan mereka. Di antara huffaz (penghafaz/ penghafal Al-Quran) terkenal daripada sahabat iaitu empat orang Khulafa Ar-Rasyidin (Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman al-Affan dan Ali bin Abi Talib), Talhah, Ibnu Mas’ud, Huzaifah, Abu Hurairah, Ibnu Omar, Ibnu Abbas, (Ai’syah dan Hafsah - isteri Rasullullah). Termasuk daripada orang-orang Ansar (penduduk asal Kota Madinah) seperti Ubai bin Ka’ab, Muaz bin Jabal, Zaid bin Thabit, Abu Darda’ dan Anas bin Malik.

Penulis Wahyu

Pada masa sama, Nabi SAW melantik beberapa sahabat sebagai penulis wahyu. Mereka menulisnya sebagai salah satu teori pembelajaran berkesan setiap kali wahyu turun sebagai tambahan dalam hafalan supaya tidak hilang begitu saja. Di antara penulis itu ialah empat Khulafa’ Ar-Rasyidin, Muawiyah bin Abu Sufian, Khalid bin al-Walid, Ubai bin Kaab dan Zaid bin Thabit. Penulisan pada waktu itu hanya dibuat diatas kulit kayu, batuan, kulit haiwan dan kain-kain sahaja berikutan kertas belum diketemukan. Pada masa itu iaitu sewaktu Rasulullah SAW masih hidup, ayat al-Quran tidak dihimpunkan dalam satu mashaf (teks lengkap yang berbuku).

Ini disebabkan oleh beberapa faktor iaitu :-

  • Tidak ada faktor yang membolehkan untuk dikumpul satu mashaf daripada kemudahan penulisan, sedangkan sewaktu itu ada ramai huffaz (penghafal Al-Quran) dan qurra’ (pembaca Al-Quran). 
  • Ada di antara ayat yang diturunkan itu nasikh dan mansukh (hukum atau ayat yang bertukar disebabkan perkara tertentu). 
  • Ayat al-Quran tidak diturunkan sekali gus, tetapi beransur-ansur. 
  • Setiap ayat yang turun adalah atas satu-satu faktor, sebab dan peristiwa. 

Zaman Khalifah

Pada zaman Saidina Abu Bakar menjadi khalifah ramai huffaz mati dalam peperangan Yamamah iaitu hampir 70 orang. Lalu Saidina Umar mencadangkan kepada Saidina Abu Bakar supaya dihimpunkan helaian ayat-ayat Al-Quran yang ditulis berasingan sebelumnya kerana bimbang akan kehilangannya dengan sebab kematian huffaz dan qurra’. Pada mulanya beliau ragu-ragu kerana Nabi SAW tidak pernah melakukannya dan takut seandainya berlaku perubahan ayat atau pertukaran ayat al-Quran. Selepas dibincang dengan teliti, atas alasan maslahah dan menyedari bahawa ia adalah satu wasilah yang paling agung untuk memudahkan menghafaznya serta mengelakkan daripada hilang dan luput, maka Saidina Abu Bakar bersetuju untuk dikumpulkan ayat al-Quran itu. Maka dipanggil beberapa huffaz dan penulis wahyu zaman Nabi saw yang masih hidup antaranya Zaid bin Thabit bagi meneruskan usaha penulisan al-Quran. Al-Quran kemudian ditulis oleh Zaid hasil pengumpulan daripada lembaran yang ada dan akhirnya diikat kemas, tersusun turutan ayatnya sebagaimana yang ditetapkan oleh Rasulallah SAW.

     

Naskah Al-Quran Lama Tanpa Baris

Mashaf ini diserahkan kemudiannya kepada Saidina Abu Bakar. Selepas kewafatannya, diserahkan pula kepada Saidina Umar al-Khattab. Selepas beliau wafat, mashaf itu dipindahkan ke rumah Hafsah, isteri Rasulullah SAW yang juga anak Saidina Umar sehingga ke saat pengumpulan dan penyusunan Al-Quran pada zaman Khalifah Uthman. Apabila berlaku pertentangan dari sudut bacaan ayat Al-Quran (disebabkan kemunculan ilmu Qiraat yang telah diizinkan Nabi Muhammad sebelumnya), ia akhirnya memaksa kepada tindakan Khalifah Uthman untuk membukukan Al-Quran. Maka dibentuk satu jawatankuasa penyelaras dalam usaha membukukannya.

Pada peringkat awal, jawatan kuasa penyelaras Al-Quran itu telah membukukan sebanyak 6 buah naskah Al-Quran iaitu untuk dipegang oleh Khalifah Uthman bin Affan sendiri, naskah dihantar ke Kota Basrah, naskah kepada kota Kufah dan kota Syam serta sebuah naskah ke kota Madinah Al-Munawwarah dan sebuah lagi ke kota Makkah Al-Mukarramah. Manakala, kemudiannya diciptakan 2 buah naskah khas yang disalin terus dari naskhah Khalifah Saidina Uthman bin Affan untuk pegangan Sheikh Umar Dany dan Sheikh Abu Daud Sulaiman bin Najah. Dua salinan baharu itu hanya digunakan tatkala timbulnya perselisihan berkenaan teks salinan sebenar Kitab suci Al-Quran, serta membetuli akan keraguan dalam mashaf Al-Quran enam buah seperti yang dinyatakan diatas, akibat timbul dari perbezaan sebutan dan periwayatan imam-imam Qiraat.

Mashaf Uthmani

Mashaf Uthmani yang asli yang dipegang oleh Khalifah Uthman sendiri serta 2 buah kitab yang disalin darinya sebenarnya ditulis dan disalin mengikut ejaan dan sebutan Arab Quraisy yang tepat mengikut bacaan Nabi Muhammad selaku seorang yang berbangsa Arab Quraisy. Ini dapat dibuktikan dengan penulisan dan pembarisan ayat-ayat Al-Quran mashaf Uthmani itu sendiri yang diriwayatkan oleh Hafs bin Sulaiman ibn Mughairah Al-Asadi Al-Kufi menurut bacaan Asim bin Abi Najud Al-Kufi At-Taabie daripada Abi AbdilRahman Abdillah bin Habibi Sulami daripada Uthman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Zaid bin Sabith dan Ubai bin Kaab dan akhirnya daripada Muhammad bin Abdullah (Nabi SAW).

Manakala cara membarisnya pula adalah diambil daripada apa yang telah diakui kesahihannya oleh para Ulama seperti yang dibandingkan dalam Kitab “At-Tarazu Ala Dhabtil Kharazi” karangan Imam At-Tanassi dengan mengambil tanda-tanda Al-Khalil bin Ahmad dan Para pengikut daripada kalangan (Masyariqah) Masyarakat Al-Quran, gantian daripada tanda-tanda yang disepakati oleh orang Andalusia (di Sepanyol) dan orang-orang Maghribi.

Akhirnya terhasillah apa yang dinamakan Mashaf Uthmani hasil penggemblengan tenaga oleh Zaid bin Thabit sebagai ketua, Abdullah bin Zubair, Said bin Ash dan Abdul Rahman bin Harith bin Hisyam. Akhirnya mashaf Uthmani itu bertebaran ke seluruh dunia yang menjadi panduan umat Islam yang paling utama hingga hari ini.

Hadis dan amalan membaca Yasin malam Jumaat

Surah Yasin adalah antara surah Makkiyyah (yang diturunkan di Mekah), mengandungi sebanyak 83 ayat. Secara umum, surah ini membincangkan isu-isu berkaitan ayat Makkiyyah seperti soal ketuhanan, balasan ke atas orang yang mendustakan agama dan soal hari Kiamat.

Terdapat banyak hadis yang menjelaskan kelebihan (fadilat) surah ini, kebanyakannya adalah hadis palsu yang direkacipta. Ada juga sebahagian hadis yang bertaraf hadis dhaif. Dalam syariat Islam, kita dididik agar tidak terhad berpandukan kepada hadis sohih semata-mata, tetapi kita dibenarkan merujuk hadis dhaif dengan syarat ianya dirujuk sebagai hal berkaitan fadhilat akan sesuatu amalan dan bukan dijadikan sebagai hujah dalam hal hukum hakam.

Berikut adalah sebahagian hadis berkaitan Surah Yasin yang sering disampaikan namun ia merupakan hadis dhaif:

“Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, hati bagi Al-Quran adalah Surah Yasin, barang siapa yang membacanya seolah-olah membaca Al-Quran sebanyak 10 kali.”

“Sesiapa yang membaca Surah Yasin pada waktu malam, dia akan bangun pagi dalam keadaan diampunkan dosa.”

“Sesiapa yang selalu membaca Surah Yasin pada setiap malam lalu dia meninggal dunia, maka dia dikira mati syahid.”

“Sesiapa yang memasuki ruang perkuburan lalu membaca Surah Yasin, diringankan (azab) bagi mereka (yang berada di dalam kubur), dan baginya (pembaca) pahala kebaikan sebanyak mana orang (mayat) yang berada di perkuburan itu.”

Rujukan berkenaan status hadis ini boleh dilihat di dalam kitab ‘Al-Maudhuaat’ karangan Imam Ibnu Al-Jauzi, kitab ‘Al-Fawaid Al-Majmuah’ karangan Imam As-Syaukani dan risalah yang dikarang oleh Syeikh Muhammad Amru Abdul Latif (hafizahullah) bertajuk “Hadis Qalbul Quran Yasin, wa Jumlah mimma wuriya di fadhailiha” (Hadis hati Al-Quran Yasin dalam pertimbangan, dan hadis-hadis kelebihannya).

Tidak ada dalil yang menyebut waktu-waktu tertentu untuk membaca Surah Yasin seperti malam Jumaat, ketika kematian mahupun ketika musim menghadapi peperiksaan. Begitu juga tidak ada dalil yang melarang ia dibaca pada waktu-waktu tersebut.

Maka dalam hal ini, saya lebih cenderung untuk melihatnya ianya sebagai suatu amalan ibadah yang baik kerana dalam majlis tersebut itu terhimpun palabagai amalan kebaikan seperti memupuk budaya membaca Al-Quran paling tidak seminggu sekali, memupuk semangat berukhuwah sesama muslim serta membudayakan melakukan amalan baik secara berjemaah.

Namun demikian, masyarakat kita juga perlu dididik supaya memahami bahawa amalan ini bukanlah suatu amalan ibadah yang wajib dilakukan bermaksud apabila minggu atau waktu khusus tersebut tidak dilakukan maka boleh membawa kepada dosa. Jika kesalah fahaman ini yang berlaku dalam masyarakat kita maka ianya perlu kembali diperbetulkan supaya tidak berlaku salah faham dalam menokok tambah perkara yang sedia ada dalam syariat.

Amalan membaca Surah Yasin ini hendaklah dilihat sebagai suatu amalan sunat yang apabila dilakukan akan mendapat pahala namun jika ditinggalkan tidak membawa kepada dosa.
Wallahu a’lam.


Rujukan :
Ustaz Mohd Firdaus Salleh Hudin Usuluddin (Tafsir) Universiti Al-Azhar
Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Hadis Palsu Tentang Malam Jumaat

Hari jumaat ialah penghulu bagi segala hari. Hari jumaat adalah hari yang penuh barakah dan banyak amalan sunat yang digalakkan untuk dilaksanakan pada sepanjang hari jumaat. Amalan sunat tersebut adalah satu sunnah daripda Rasulullah SAW yang digalakkan kepada umatnya untuk dilaksanakan.

Salah satu sunat yang digempar gempurkan ialah melakukan persetubuhan pada malam jumaat. Sunnah Rasulullah SAW bermaksud segala yang datang daripada Nabi Muhamad SAW sama ada dari segi perbuatan, perkataan atau pengakuannya. Semua yang datang daripada Nabi Muhamad SAW adalah sunnah. Sudah menjadi kebiasaan pada hari khamis malam (atau malam Jumat), banyak tersebar pelbagai status di dalam WhatsApp dan home Facebook (Fb) yang mana isinya berkisar pada perkataan “Sunnah Rasul”. Begitu juga dalam pergaulan sehari-hari di dunia nyata, istilah tersebut juga sering terdengar.

Menurut mereka, istilah “Sunnah Rasul” yang popular di malam Jumaat adalah hubungan suami isteri atau dalam bahasa mudahnya bersetubuh atau berjimak. Kebanyakan suami akan menjadikan malam ini, sebagai malam yang sangat-sangat digalakkan berjimak dengan mengaitkannya sebagai Sunnah Rasul. Sumber hukum bagi umat Islam ada empat. Yang pertama al-Quran, kedua al-Hadis (as-Sunnah), ketiga al-Qias, manakala yang keempat ialah al-Ijmak al-Ulama. Tetapi akibat dorongan hawa nafsu dan minda yang hanya memikirkan tentang seks atau nafsu di bawah perut sahaja, maka sumber hukum kedua setelah Al-Quran iaitu as-Sunnah ini sering dijadikan sandaran untuk menjustifikasi tentang hubungan seks suami isteri pada malam jumaat.

Sayang seribu kali sayang sumber hukum kedua ini telah dijadikan sebagai sandaran kepada satu perkara yang samar-samar dan tidak jelas, sama ada ianya memang Sunnah Rasul atau sekadar bicara kaum suami sahaja. Tampak dalam hal ini orang Melayu sungguh ke hadapan. Bicara yang memperlihatkan minda hanya berfokus soal seks atau nafsu di bawah perut sahaja.

Kita melihat kecenderungan kaum lelaki Melayu berbicara pasal seks atau nafsu di bawah perut ini memang sangat luar biasa. Mana ada di dalam dunia ini pelbagai bahan makanan dikaitkan dengan kekuatan syahwat dan alat kemaluan lelaki kecuali di Malaysia. Cuba kita ambil contoh satu jenis minuman iaitu kopi.

Berapa banyak jenis kopi yang dikaitkan dengan kekuatan syahwat dan zakar lelaki seperti Tongkat Ali, Kopi Jantan, Kopi Janda, Kopi Radix, Kopi Gingseng, Kopi Merah dan macam-macam kopi lagi. Semuanya seakan-akan membantu kekuatan seks kaum lelaki. Itu belum kita berbicara pelbagai ubat-ubatan dan urutan tradisional yang membantu kekuatan alat kelamin lelaki.

Kita melihat betapa remehnya pemikirian orang lelaki Melayu, apabila minat dan kecenderungan berbicara soal seks dan makanan yang menguatkan hubungan seks secara keterlaluan. Termasuk juga urutan dan peralatan yang perlu dipakaikan pada zakar. Menjijik dan memalukan. Kadang-kadang kita berasa sungguh malu untuk mendengar, apa lagi berbicara kerana fikiran kita kelihatan terlalu selekeh.

Sebab itulah kalau kita melihat dan berkesempatan berada di negara orang lain, mereka hanya minum kopi. Tidak pernah pula ada kita lihat kopi pelbagai nama seperti yang terdapat di negara ini. Kalaupun ada, cuma sedikit di negara Indonesia. Secara jujur kita tidak melihat ini sebagai satu kreativiti orang Melayu, tetapi inilah yang ada di dalam kotak fikiran orang Melayu (kebanyakan lelaki Melayu) iaitu hanya memikirkan soal seks. Maka kerana itu jangan hairan dan malu mengakui, orang Melayulah yang paling banyak melakukan kes sumbang mahram. Kes ayah berzina denagn anak sehingga melahirkan anak. Ibu berzina dengan anak, adik beradik berzina, atuk merogol cucu dan bannyak lagi kes kebuasan lelaki Melayu yang menjijikan. Melayu jugalah juara yang tiada tolok bandingnya dari segi kes buang anak di dunia ini.

Di sini kita ingin bertanya datang dari mana asalnya muncul istilah Sunnah Rasul yang dikaitkan dengan aktiviti pada bila-bila waktu dan ketika mengikut kemampuan tubuh badan dan selera masing-masing dan tidak ada hari yang istimewa.

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama memperbetulkan maksud Sunnah Rasulullah SAW dan jangan sekali-kali dikaitkan soal berjimak pada malam jumaat sebagai sunnah yang akan mendapat pahala sunat. Kita bimbangi perkara yang Rasulullah SAW sendiri tidak pernah lakukan tetapi sengaja ditokok tambah oleh mereka yang mahir mencipta hadis-hadis palsu yang sesat lagi menyesatkan.

Akhirnya nikmat berjimak pada hari atau malam jumaat itu yang sepatutnya mendapat pahala kerana melakukannya dengan pasangan sah boleh bertukar menjadi satu dosa pula apabila dikaitkan dengan sunnah Rasulullah SAW. Marilah kita menjaga, memelihara dan mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah SAW yang selama ini menjadi hukum syariat kedua setelah Al-Quran.

Semuanya berasal dari hadis palsu yang bermaksud: “Barangsiapa melakukan hubungan suami isteri di malam jumaat (khamis malam) maka pahalanya sama dengan membunuh 100 Yahudi.”

Dalam hadis palsu yang lain ada disebutkan sama dengan membunuh 1000 Yahudi, ada juga yang menyebut 7000 Yahudi. Inilah sumber rujukan bagi menjustifikasi tentang sunat muakkad (sunat yang sangat digalakkan kononnya) berjimak pada malam jumaat. Lalu ianya dinobatkan sebagai Sunnah Rasulullah SAW. Satu bentuk fitnah hebat terhadap Rasulullah SAW.

Sebenarnya bagaimanakah status dan mertabat hadis tersebut. Apakah ianya hadis shahih, hadis daif atau hadis palsu. Hadis ini sebenarnya tidak kita temui di dalam Kitab Hadis atau dalam kitab mana sekalipun, baik kumpulan hadis daif apa lagi hadis shahih. Kalimat tersebut tidak mempunyai sanad (bersambung) kepada sahabat, apalagi kepada Rasulullah SAW.

Kesimpulan bahawa hadis Sunnah Rasul berjimak pada malam jumaat sama sekali bukan hadis. Ianya sekadar hadis PALSU yang telah dikarang oleh orang yang ingain merosakkan Islam atau orang tidak jelas serta tidak bertanggungjawab sama sekali dengan mengaitkannya sebagai Sunnah Rasulullah SAW. Kita tidak akan menemukan satupun hadis Rasulullah SAW tentang jimak suami isteri pada malam-malam tertentu, termasuk malam jumaat.

Sekiranya kita ingin berjimak dengan isteri janganlah dikhususkan hari-hari tertentu. Lebih afdal jika berjimak dengan berniat sebagai ibadah bermula dengan doa dan diakhiri juga dengan berdoa. Berjimak dengan pasangan yang sah adalah merupakan ibadah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dalam kemaluanmu itu ada sedekah.” Sahabat lalu bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah kita mendapat pahala dengan menggauli isteri kita” Rasulullah SAW menjawab, “Bukankah jika kalian menyalurkan nafsu di jalan yang haram akan berdosa. Maka begitu juga sebaliknya, bila disalurkan di jalan yang halal, kalian akan beroleh pahala.” (Terjemahan: HR. Bukhari, Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah).

Sebenarnya ada banyak hadis yang benar-benar Sunnah Rasulullah SAW yang ada kaitannya dengan aktiviti pada hari Jumat (atau malam Jumaat). Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Perbanyaklah selawat kepadaku pada hari jumaat dan malam jumaat. Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali nescaya Allah SWT berselawat kepadanya sepuluh kali.” (Terjemahan: HR. Al Baihaqi).

Di dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari jumaat akan diberikan cahaya baginya di antara dua jumaat.” (Terjemahan HR. Al Hakim). Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud: “Hari jumaat itu dua belas jam. Tidak ada seorang muslim pun yang memohon sesuatu kepada Allah SWT dalam waktu tersebut melainkan akan dimakabulkan oleh Allah SWT. Maka peganglah erat-erat ingatlah baahwa akhir dari waktu tersebut jatuh setelah waktu asar.” (Terjemahan HR. Abu Dawud).

Membaca surat As-Sajdah dan Al-Insan dalam solat subuh. “Nabi Muhamad SAW membaca pada solat subuh di hari jumaat “Alam Tanzil …….” (surat As-Sajdah) pada rakaat pertama dan “Hal ataa ‘alal insaani hiinum minad dahri lam yakun syai-am madzkuro” (surat Al-Insan) pada rakaaat kedua.” (Terjemahan HR. Muslim).

Dianjurkan kepada kita ketika pada rakaat pertama sampai pada bacaan ayat ke 15, imam sujud diikuti oleh makmum. Setelah sujud, imam berdiri kembali membaca ayat selanjutanya sehingga selesai. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Solat jumaat itu wajib atas setiap muslim dilaksanakan secara berjamaah terkecuali empat golongan iaitu hamba sahaya, perempuan, anak kecil dan orang sakit.” (Terjemahan HR.Abu Daud dan Al Hakim)

Jika kita berbicara Sunnah Rasulullah SAW pada hari jumaat atau malam jumaat, lima aktiviti di atas memang disarankan melalui hadis baginda SAW. Jangan sekali-kali kita mengaitkan soal berjimak pada hari atau malam jumaat dengan Sunnah Rasulullah SAW.

Jika ingin berjimak pada hari atau malam jumaat, dipersilakan dengan segala hormatnya, tetapi tidak ada kaitannya dengan Sunnah Rasullullah SAW.

Fadhilat Dan Khasiat Surah Al-Mulk



Surah Al Mulk (bahasa Arab:الملك ) adalah surah ke 67 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini. yang bererti ‘Kerajaan’. Surat ini disebut juga dengan ‘At Tabaarak’ yang bererti Maha Suci.


Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya.


Surah Mulk hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya amalan kehidupan seharian. Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
Kandungan Surah Al Mulk


Secara umumnya, surah ini banyak mengisahkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaan-Nya. Ini jelas digambarkan daripada tajuk surah ini, al-Mulk, yang bermaksud ‘kerajaan’. Pada awal surah, ayat ini diceritakan kesempurnaan ciptaan alam ini, yang tidak ada cacat-celanya.


Allah telah menciptakan alam ini daripada awal yang tiada apa-apa kepada yang ada dan seterusnya menjaga alam ini dengan penuh kesempurnaan. Allah berkuasa menciptakan dan mematikan sesuatu menurut kehendak-Nya.


Beberapa ayat yang seterusnya mengisahkan azab di neraka, di mana setiap kali sekumpulan manusia di campakkan ke dalam api neraka, malaikat penjaga bertanya, “Apakah belum pernah datang orang yang memberi peringatan kepada kamu?”. “Ya, tetapi kami mendustakannya”. Begitulah respons mereka.


Cuba kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Adakah kita sering menolak ajakan untuk membuat kebaikan? Jika ya, cuba check iman, mudah-mudahan kita tidak termasuk ke dalam golongan yang akan menyesal di akhirat kelak.


Dan secara ringkasnya, ayat-ayat yang berikutnya berkisarkan kuasa Allah yang mengetahui perkara yang disembunyikan, berkuasa menciptakan burung yang terbang di angkasa, dan yang berkuasa memberi dan menahan rezeki kita. Allah amatlah murka terhadap mereka yang mendustakannya, walhal telah jelas bukti kewujudan dan kekuasaaan-Nya.


Surah ini ditutup dengan suatu pernyataan yang harus kita renungi bersama : “Katakanlah (Muhammad), Terangkanlah kepadaku, jika sumber air kamu menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?”
Kelebihan Surah Al Mulk


Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.


“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”


Di antara kelebihan Surah ini ialah:


1. Surah ini akan menjadi penyelamat.


2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.


3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).


4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).


5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.
Fadhilat Dari Hadis


Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:


1. Mendapat Syafaat
Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”
Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.”
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.”
Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”


2. Menyelamatkan daripada seksa kubur


Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi hukuman. Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.


Pendekata, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.”
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”
Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda; “Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.” (HR At-Tarmizi)


3. Hati Beriman
Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”


4. Mendapat Keistimewaan
Saiyidina ‘Ali berkata: “Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.”
Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”
Khasiat Ayat Dari Surah Al-Mulk


Ayat dari Surah Al Mulk juga mempunyai khasiat dan keistimewaan yang lain. Diantaranya:


1. Khasiat Ayat 14 Surah Al-Mulk
أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ‌ ﴿١٤


Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
Dipandang hebat dan berwibawa.
Boleh mengetahui apakah kelebihan diri sendiri.
Dapat merasai apabila ajal telah hampir tiba.
Jika diamalkan menjadi wirid, zikir harian boleh meluaskan rezeki dan menghilangkan fakir.
Dibaca 2,012 kali untuk menolak bala yang besar.
Jauh dari seksa kubur jika dibaca ayat 14 dan 15 surah Al Mulk.
Jika berhajat hendak melihat orang yang melakukan jahat, pencuri, sihir, memfitnah, orang yang sudah meninggal dalam kubur dan perkara yang penting dalam peperiksaan lakukan:
a. Solat hajat.
b. Baca ayat di atas 9 kali dan diniatkan.
c. Tidur dalam keadaan berwudhu dan berdoa (apa niat kita) dan tidur mengiring dengan lembung kanan.


2. Khasiat Ayat 23 Surah Al-Mulk
قُلْ هُوَ الَّذِي أَنشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ‌ وَالْأَفْئِدَةَ ۖ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُ‌ونَ ﴿٢٣


Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.


– Jika diamalkan ayat ini, iaitu dibacakan pada gigi yang sakit. InsyaAllah, akan berkurangan dan sembuh sakit giginya.


Terdapat banyak keistimewaan daripada tiga puluh ayat Surah Al – Mulk tersebut. Ia akan terus mensyafaati bagi orang yang membacanya dengan istiqamah hingga ia diampunkan.

LUASNYA NERAKA

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. 

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan." 

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:

"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A,
Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

KISAH RASULULLAH SAW DAN MALAIKAT PENGHITUNG TITISAN AIR HUJAN



Kisah Benar WAJIB BACA !!! Diriwayatkan (Al-Mustadrah Syeikh An-Nuri, jilid 5:355, hadis ke 72) bahawa Rasulullah saw bersabda, “Disaat aku tiba dilangit di malam Isra’ Miraj aku melihat satu malaikat memiliki1000 tangan, di setiap tangan ada 1000 jari. Aku melihatnya menghitung jarinya satu persatu.

Aku bertanya kepada Jibril as, pendampingku, ‘Siapa gerangan malaikat itu, dan apa tugasnya?.’ Jibril berkata, Sesungguhnya dia adalah malaikat yang diberi tugas untuk menghitung titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi.

’Rasulallah saw bertanya kepada malaikat tadi,‘Apakah kamu tahu berapa bilangan titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi sejak diciptakan Adam as?. ’Malaikat itupun berkata, ‘Wahai Rasulallah saw, demi yang telah mengutusmu dengan hak (kebenaran),sesungguhnya aku mengetahui semua jumlah titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi dari mulai diciptakan Adam as sampai sekarang ini, begitu pula aku mengetahui jumlah titisan yang turun ke laut, ke darat, ke hutan rimba, ke gunung2, ke lembah2, ke sungai2, ke sawah2 dan ke tempat yang tidak diketahui manusia'

Mendengar huraian malaikat tadi, Rasuluallah saw sangat takjub dan bangga atas kecerdasannya dalam menghitung titisan air hujan. Kemudian malaikat tadi berkata kepada beliau, ‘Wahai Rasulallah saw, walaupun aku memiliki 1,000 tangan dan sejuta jari dan diberikan kepandaian dan keulungan untuk menghitung titisan air hujan yang yang turun dari langit ke bumi, tapi aku memiliki kekurangan dan kelemahan. ’ Rasulallah saw pun bertanya, ‘Apa kekurangan dan kelemahan kamu?.

’Malaikat itupun menjawab, ‘Kekurangan dan kelemahanku, wahai Rasulullah, jika umatmu berkumpul di satu tempat, mereka menyebut namamu lalu berselawat atasmu, pada saat itu aku tidak mampu menghitung berapa banyaknya pahala yang diberikan Allah kepada mereka atas selawat yang mereka ucapkan atas dirimu."

اللهم صل علي سيدنا محمد و علي ال محمد

Allahhuakhbar.

Plz don't keep it, share the knowledge...

KE MANAKAH PERGINYA AIR MANDIAN JENAZAH RASULULLAH S.A.W



air mandi

-Kisah Yang Sangat Mengagumkan Berkenaan Syeikh Mutawalli Sya’rawi Rahimahullah

Pada masa dahulu, suatu muktamar Islami yang menghimpunkan para ulama’ muslimin telah dijalankan dalam tempoh selama seminggu. Syeikh Sya’rawi adalah di antara tokoh ulama’ Mesir yang dijemput untuk meghadiri muktamar tersebut.

Pada hari pertama muktamar, Syeikh Sya’rawi telah melihat pada diri pengerusi muktamar tersebut yang juga merupakan seorang ulama’ suatu perubahan besar dari segi keilmuannya dan makrifah yang tidak ada pada masa-masa sebelumnya. Lalu, syeikh bangun menuju ke podium dan berkata, “Aku akan mengajukan suatu soalan kepada kamu dan aku inginkan jawapannya. Soalannya ialah : Ke manakah perginya air mandian jasad Rasulullah SAW?”. Iaitu yang dimaksudkan beliau ialah air yang digunakan ketika dimandikan jenazah Baginda SAW.

Akan tetapi apabila soalan itu diajukan, tidak ada sesiapa yang menjawabnya. Semua orang senyap dan berdiam diri kerana tidak tahu akan jawapannya. Pengerusi muktamar itu juga merasa sangat terkejut dengan soalan tersebut dan mengatakan dalam dirinya, “Bagaimana aku tidak mengetahui akan jawapan soalan ini?”. Lalu beliau mengambil jalan keluar daripada persoalan ini dengan mengatakan, “Berikan kami peluang masa, kami akan jawab soalan kamu pada pertemuan esok insyaAllah”.

Maka beliau pun pulang ke rumahnya dan tidak melakukan apa-apa selain daripada terus memasuki perpustakaan khasnya untuk mencari, meneliti dan membelek kitab-kitab bagi mencari jawapan kepada persoalan itu. Beliau telah menghabiskan masa yang lama dalam pencariannya, hingga diselubungi keletihan dan akhirnya terlelap tidur di atas kitab yang dibacanya.

Ketikamana ulama’ itu tidur, Rasulullah SAW telah datang bertemunya dalam mimpi dan bersama baginda seorang lelaki yang memegang sebuah lampu pelita. Maka dengan segera beliau menuju kepada Rasulullah SAW dan bertanya, “Ya Rasulullah, ke manakah perginya air mandian jasadmu?”. Lalu Baginda SAW mengisyaratkan kepada lelaki pemegang lampu pelita yang berada di sisinya (supaya menjawab soalan itu). Kemudian lelaki itu pun menjawab, “Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid”.

Maka, terjagalah beliau daripada tidurnya dalam keadaan yang sangat gembira kerana telah mengetahui jawapan kepada persoalan tersebut.

Keesokkan harinya, pengerusi muktamar itu hadir untuk hari kedua dan menunggu persoalan yang telah dilontarkan oleh Syeikh Sya’rawi untuk diutarakan semula. Akan tetapi syeikh tidak bertanya. Di hujung muktamar pada hari kedua, akhirnya beliau bangun dan berkata kepada syeikh Sya’rawi, “Kelmarin kamu telah bertanyakan satu soalan. Adakah kamu ingin mengetahui jawapannya?”.

Syeikh berkata : “Adakah kamu mengetahui jawapannya?”.

Beliau menjawab : “Ya”.

Syeikh bertanya : “Maka ke manakah perginya air mandian Rasulullah SAW?”.

Beliau menjawab : “Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid”.

Syeikh bertanya lagi : “Bagaimana kamu mengetahuinya?”.

Beliau menjawab : “Rasulullah SAW telah datang kepadaku dalam mimpi (memberitahukan jawapannya)”.

Syeikh berkata : “Bahkan seorang lelaki yang memegang lampu pelita yang menjawab kepada kamu”.

Maka ulama’ itu terus merasa terperanjat dan terpegun, lalu bertanya, “Bagaimana kamu mengetahui perkara itu?”.

Lalu Syeikh Sya’rawi menjawab bahawa beliaulah lelaki yang memegang lampu pelita yang berada di sisi Rasulullah SAW dalam mimpi ulama’ itu.

Peristiwa ini telah memberikan kesan yang cukup mendalam kepada para hadirin dalam muktamar tersebut dan memeranjatkan semua orang. Hal ini menunjukkan kedudukan maqam yang tinggi beliau di sisi Allah Taala dan RasulNya.

~kisah ini diceritakan sendiri oleh ulama’ yang menjadi pengerusi muktamar itu.