Isnin, 27 Julai 2009

Ku Cari Damai Abadi

 
Posted by Picasa

Damai Abadi

Ku cari damai abadi
Biarpun ramai yang tidak mengerti isi hati
Semuanya adalah tersendiri
Dalam kalam rasa ke ruang lingkup ini
Semuanya tertafsir.
Kadang – kala ia berpintal – pintal
Seringkali kusutnya ditarik lantaran putus
Pun begitu aku tak pernah serik
Gunung pun bias lebur dalam kawah panas cahaya…
Mana lagi pasak tunjang yang tertancap…
Pangkalnya lebur sejati
Tuahlah sesiapa yang padanya ia tidak dikenali
Mati – matian aku di kala ini…
Menangis atas keringnya air suci itu
Apa sebagai ganti?
Bertemukah aku dengan damai abadi
Atau hanya bertemu mati

Kerdil

Kerdil
Bukan maknanya
Kekerdilan ini
Menjadikan kita takut
Menjadi segalanya
Sebaliknya terus kita
Menongkah segala arus
Dalam mencapai matlamat
Yang diimpikan sekian lama
Biarlah kita terus berdiri dan berlari
Di daerah ini samada waktu sejuk
Atau waktu panas
Kerana kita memang sedia diuji
Dan teruji
Kerana kita hamba yang berani
Sebelum tiba waktunya nanti
Hidup ini kerana Ilahi
Tiap waktu tidak gusar di hati

Pendatang Di Daerah Asing

Aku pendatang di daerah asing
Jauh tersesat di hujung senja
Rumput panjang meliar di tanah
Pokok masih anak baru ditanam
Bangunan masih belum penuh penghuni
Dalam samar – samar senja
Wajah – wajah asing
Senyum – senyum asing
Menyorot mata curiga
Sekilas juga tidak peduli
Ramah tegur belum mesra
Gelak ingkak belum melengking
Aku sekadar pendatang
Tersesat di daerah asing
Malam muncul berwajah asing
Purnama di dadanya berkilau – kilauan.

Muhasabah(Renungkanlah)

Wahai manusia,
Tidakkah engkau perhatikan dunia,
Yang terbentang luas ini dengan matamu,
Dan memikirkan dengan akal fikiranmu,
Alangkah hebat ciptaan – Nya,
Menjadikan kamu wahai manusia,
Dengan sebaik – baik kejadian,
Dikurniakan nafsu, lalu diutuskan akalmu.

Dijadikan kamu berpasang – pasangan lelaki dan perempuan,
Tidakkah kamu bersyukur wahai manusia,
Atas apa yang telah dikurniakan kepadamu,
Tidakkah kamu sedar wahai manusia,
Kamu diciptakan daripada setitis air mani yang hina,
Adakah alasan lain untuk kamu tidak bersyukur,
Kepada Yang Maha Pemurah,
Adakah boleh kami bermegah – megah di muka bumi,
Yang menjadi milik – Nya,
Tentu TIDAK!!
Oleh itu renungkanlah siapa kita,
Untuk berpaling daripada Allah SWT.

Manusia adalah Khalifah Yang Maha Esa,
Manusia juga adalah makhluk yang mulia di alam ini,
Dikurniakan Allah akal fikiran dan nafsu sekaligus,
Barangsiapa menggunakan akal fikiran,
Untuk mengawal nafsunya…
Alangkah bahagia hidupnya,
Dan barangsiapa menggunakan nafsunya,
Untuk mengawal akal fikirannya,
Alangkah merana hidupnya
Maka,
Berfikirlah, kemana arah hidup kita,
Di muka bumi yang penuh cabaran ini.

Kekasihku

Kekasihku… Ketahuilah olehmu… Kehidupanku sedari kecil sehingga kini… Seringkali dilimpahi seribu satu kerlipan keindahan dari yang Maha Esa… Syukurku… Kehadiranmu kasih adalah di antara taburan cahaya kerlipan itu… munajatku pada Ilahi… agar ikatan suci ini sentiasa dilingkari keredhaan tanpa sebarang calitan noda yang akan mencemarkan kilauan jernih cahaya antara kita berdua… abadinya dirimu di hatiku buat selamanya…

Usah ditawan gunung harapan
Usah direnang lautan impian
Sedang hati rapuh bergoyang
Bagai angin manyapa lalang

Adakalanya dalam kesungguhan meniti sebuah pengharapan
Kita sering tercari-cari erti sebuah kehidupan

Kerlinglah di hadapan tinjaukan perjalanan panjang
Barangkali berakhir hanya dengan segunung harapan

Aku bukanlah seorang sasterawan yang bisa menyusun kata-kata indah…
Aku bukanlah penyanyi yang bisa mendendangkan lagu yang membuaikan hati dan perasaan… aku bukanlah pelakon yang bisa membawa pelbagai watak diatas pentas…
Aku tetap aku… seorang insan biasa yang hanya mempunyai sekeping hati, selautan perasaan dan kasih sayang buatmu

Air Mata Wanita

Tuhan Berkata :

”ketika AKU menciptakan seorang wanita, dia diharuskan untuk menjadi seroang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia. Namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan”

“AKU memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak-anak dan menerima penolakan yang seringkali datang daripada anak-anaknya”

“AKU memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh”

“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya”

“AKU membernya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya”

“AKU memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi terkadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu”

“Dan akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bila-bila masa yang diperlukan”

KECANTIKAN SEORANG WANITA BUKANLAH DARI PAKAIAN YANG DIPAKAINYA, SUSUK YANG DITAMPILKAN ATAU BAGAIMANA DIA MENYISIR RAMBUTNYA… KECANTIKAN SEORANG WANITA HARUS DILIHAT DARI MATANYA, KERANA ITULAH PINTU HATINYA - TEMPAT DI MANA CINTA ITU ADA

Kasih-Mu

Kasih-MU
Tak pernah kujangkau
Untuk sekian lamanya
Hikmah-MU
Ku biar berlalu
Dihembus bersama debu
Aku ingkar
Perintah-MU kulanggar
Aku sedar
Balasan-MU pasti menggegar
Kubutakan mata
Kutulikan Telinga
Rahmat-Mu kucampak ke mana
Syukur…
Ampunan-MU
Setiap masa dan ketika
Nur-MU
Menyuluh gelita rasa
Setiap masa
Masihkah aku tertidur
Dibelai impian durjana?
Atau...
Haruskah jasadku dikubur
Sebelum masanya

Bukan Hanya Cinta Semata

Pernahkah kamu merasakan
Bahawa kamu mencintai seseorang
Meskipun kamu tahu dia sudah berpunya
Dan
Meskipun kamu tahu cintamu mungkin tak berbalas
Tapi kamu tetap mencintainya...
Pernahkah kamu merasakan
Bahawa kamu sanggup melakukan apa sahaja
Demi seseorang yang kamu cintai
Meskipun kamu tahu dia takkan pernah peduli
Ataupun peduli dan mengerti tapi dia tetap pergi
Pernahkah kamu merasakan
Hebatnya cinta
Tersenyum kala terluka Menangis kala bahagia
Bersedih kala bersama dan Tertawa kala berpisah
Aku pernah...
Aku pernah tersenyum kala terluka
Kerana aku yakin Tuhan tak menjadikannya Untukku
Aku pernah…
Menangis kala bahagia
Kerana aku takut kebahagiaan cinta ini
Akan sirna begitu sahaja
Aku pernah…
Bersedih kala bersama
Kerana aku takut aku akan kehilangannya
Suatu saat nanti
Dan
Aku pernah
Tertawa saat berpisah
Kerana sekali lagi Cinta tak harus dimiliki
Dan Tuhan pasti telah menyediakan cinta
Yang lain buat diriku
Aku tetap boleh mencintainya
Meskipun dia tak dapat kurangkul dalam pelukanku
Kerana memang cinta ada dalam jiwa
Bukan ada dalam raga