Isnin, 27 Julai 2009

Muhasabah(Renungkanlah)

Wahai manusia,
Tidakkah engkau perhatikan dunia,
Yang terbentang luas ini dengan matamu,
Dan memikirkan dengan akal fikiranmu,
Alangkah hebat ciptaan – Nya,
Menjadikan kamu wahai manusia,
Dengan sebaik – baik kejadian,
Dikurniakan nafsu, lalu diutuskan akalmu.

Dijadikan kamu berpasang – pasangan lelaki dan perempuan,
Tidakkah kamu bersyukur wahai manusia,
Atas apa yang telah dikurniakan kepadamu,
Tidakkah kamu sedar wahai manusia,
Kamu diciptakan daripada setitis air mani yang hina,
Adakah alasan lain untuk kamu tidak bersyukur,
Kepada Yang Maha Pemurah,
Adakah boleh kami bermegah – megah di muka bumi,
Yang menjadi milik – Nya,
Tentu TIDAK!!
Oleh itu renungkanlah siapa kita,
Untuk berpaling daripada Allah SWT.

Manusia adalah Khalifah Yang Maha Esa,
Manusia juga adalah makhluk yang mulia di alam ini,
Dikurniakan Allah akal fikiran dan nafsu sekaligus,
Barangsiapa menggunakan akal fikiran,
Untuk mengawal nafsunya…
Alangkah bahagia hidupnya,
Dan barangsiapa menggunakan nafsunya,
Untuk mengawal akal fikirannya,
Alangkah merana hidupnya
Maka,
Berfikirlah, kemana arah hidup kita,
Di muka bumi yang penuh cabaran ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan