Sabtu, 4 April 2009

Bagitulah Cinta


Cinta itu buta? Mungkin! Kenapa? Kerana ia tidak pernah mengenali perbezaan!!
Lalu apa yang kenal perbezaan? Sikap manusia! Manusia yang membezakan cinta. Manusia yang tidak tahu menilai cinta! Cinta itu hadir tanpa undangan apatah lagi paksaan dan cinta itu pergi tanpa ada yang menjemput apatah lagi di usir!
Cinta... cinta... dan cinta, memang indah dikala hati sedang saying, saling membelai saling berbisik.... tapi cinta bisa jadi bara disaat hati sedang rawan dan rindu. Hidup tidak keruan mengharap cinta pulang ke sisi.
Hadirnya cinta... untuk segenap manusia. Tua, muda.
Ah, pelbagai pasti memerlukan cinta dan cinta bagaikan magnet... sekali merasakan, pasti sukar untuk dilepaskan.
Tapi bagaimanakah cinta yang tidak kenal beza? Dan mengapa perbezaan jadi halangan? Aku sendiri tidak mengerti. Manusia itukan sama. Dicipta dari bahan yang sama. Datang dari lubuk yang sama, mengapa mesti dibezakan? Status, bangsa, agama dan negara jadi perbezaan. Apa yang ada pada semua itu? Dicurah emas dan permata dari seluruh dunia tak mungkin hidup bahagia tanpa cinta.
Aku merasakan adakala manusia tidak adil dalam menilai cinta. Dalam cinta harus ada keikhlasan dan kejujuran. Terima seadanya. Jangan jadikan perbezaan yang ada pada diri sebagai halangan. Cuma kalau ada tentangan dari orang tua, kita harus taat menerima kenyataan bahawa cinta kita akan berakhir. Itulah masalah kalau cinta tanpa restu orang tua, pasti tidak kemana. Apatah lagi cinta dari dunia kehidupan yang berbeza... sulit untuk bersatu. Memang cinta buta ada keindahan dan kesengsaraannya.
Apa nak buat, begitulah cinta!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan