Sabtu, 4 April 2009

Ikrar Seorang Kekasih


Seagung Cinta Allah
Semulia Kasih Rasulullah
Seteguh Sayang Siti Khadijah
Ku Persembahkan Cinta Suciku
Buatmu Yang Tersayang

Begitu Indahnya Hubungan Yang Tercipta Ini
Seperti Mana Cinta Allah Kepada Hamba-Nya
Begitu Juga Cintaku Terhadap Dirimu
Betapa Mulianya Kasih Rasulullah Kepada Umat-Nya
Begitu Juga Kasihku Terhadap Dirimu
Seteguh Sayang Siti Khadijah Kepada Rasulullah
Begitu Juga Sayangku Terhadap Dirimu

Buatmu Insan Yang Tersayang
Pupuklah Rasa Cinta Yang Telah Kita Bina
Semailah Rasa Kasih Yang Telah Kita Cipta
Tanamlah Rasa Sayang Demi Hubungan Kita

Sayangku
Demi Hubungan Yang Telah Terbina Ini, Abang Berjanji Bahawa Abang Akan Jujur Setia Terhadap Ayang. Dengan Terlafaznya Ikrar Ini, Abang Berharap Rasa Cinta, Kasih Dan Sayang Antara Kita Akan Kekal Untuk Selamanya. Semoga Hubungan Ini Akan Berkekalan Sehingga Ke Akhir Hayat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan