Ahad, 5 September 2010

Bingkisan seni seorang Penyajak

Bangsaku di mana
Bangsaku
Jerih pejuang menuntut merdeka
Belum pun reda
Belum lagi lama di lipatan sejarah
Tapi bangsaku memang cepat alpa
Dahulu kau pembela
Bila wanitamu cuba dinodai
Tapi bangsaku
Kini wajahmu terpalit noda
Usahkan bangsa kau khianat
Zuriat sendiri kau laknat
Kerana nafsu meronta
Agama terona
Maruah terpalit
Itulah bangsaku
Yang kononnya halus budi bicara
Hati tersayat parah
Menatap sayu rayu berita bak sangkakala
Tapi bangsaku kau masih begitu
Biar dahulu kau gagah
Pelayar!! Pedagang!! Penjajah!!
Kini di bumi sendiri
Kau lemah
Kau melatah
Kau perlekehkan maruah bangsa
Penegak tiang dulu begitu gah
Menghunus keris dan pedang
Kini pewaris wira-wiraku
Tidak seagung pejuang dahulu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan