Senandung Sayang Malam Menjelma
Sang Rembulan Menyinarkan Cahaya
Pungguk Berlagu Sepi Bertangguh Kata
Tentang Cerita Cinta Kita Berdua
Hati Bertanya Mulut Berlagu Riang
Akal Seiring Nafas Yang Sekata
Hembuslah Bayu Sampaikan Rinduku
Agar Si Dia Turut Merindu
Patahlah Hati Patahlah Jiwa Ini
Jika Rindu Diberi Racun Yang Menghuni
Andai Kasih Kekasih Berbelah Bahagi
Biarlah Rindu Membawa Diri
Jangan Rindu Jangan Merajuk Lagi
Kerana Aku Masih Setia Menanti
Jangan Dendam Pergilah Membawa Diri
Biarlah Rindu Seorang Diri
Duhai Sang Lang Sampaikan Salamku
Kepada Si Dia Aku Berlagu Rindu
Renunglah Bulan Wahai Kekasihku
Kerana Disitu Tercatat Cinta Buat Dirimu
Biar Waktu Menanti Bersama Cemburu
Kerana Pujangga Menimbulkan Celaru
Aku Berkata Berteka Senda Bersama Cinta
Carilah Makna Bersabit Akal
Beriringan Pergi Nafas Dan Salam
Berdarah Akal Bersama Luka Hati
Menangguk Rindu Di Kuala Deli
Bersyair Lagu Rindu Bersama Diri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan