Air mata bagaikan sahabat
Tiada siapa yang mampu mengerti
Ingin sahaja aku lari sehingga ke
hujung dunia
Namun apa dayaku
Kerana aku hanya seorang perempuan
Perginya bagaikan sebuah mimpi
ngeri untukku
Biarpun pedih menanggung rindu
Aku harus bangkit melawan kedukaan
Kalah bukan matlamatku
Biarkan mendung itu berlalu
Kini tinggallah cintaku yang duka
Tiada lagi kata manis berbisik di
telingaku
Semuanya telah pergi bersama sepiku
Terbuku dalam kalbu
Inilah bingkisan seni seorang perempuan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan