Kembara di tanah pusaka
Mencari Rezeki di kala senja
Entah ke mana hala tujunya
Mengikut Rentak langkah kakinya
Hamisnya bau sudah pun lali
Bayangan hitam sudah tidak bererti
Deretan sampah menjadi saksi
Itulah rezeki untuk hari ini
Biar kelam jalan dihadapan
Diteruskan jua perjalanan kehidupan
Biarlah hina dimata Insan
Kerana mereka bukan muka pengadilan
Tidak payah bukan bererti tidak perlu
Maksud tersirat terkandung di situ
Segalanya demi mencari keredhaan-Mu
Biarpun sedikit amat bermakna bagiku
Wahai si pengemis dunia
Jangan menjadi pengemis yang hina
Sedarlah engkau dari tidurmu
Bangunlah sujud pada Tuhanmu
Fahamilah cubaan keterangan ini
Siapa pengemis di dunia ini
Carilah Dia dalam keramaian
Kerana disitu terdapat ketenangan
Akal dan nafsu menjadi satu
Siapa raja siapa hambamu
Pilihlah mereka salah satu
Untuk menjadi raja dan hambamu
Aku mengarut sekadar suka ria
Namun dalam senda ada cerita
Jika ia tiada ertinya
Maka biarkan saja dan lupakan ia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan